Terkejut besar MH bila mendengar rakaman perbualan antara wartawan mStar bersama seorang gadis yang mengadu nasib telah melahirkan anak kepada seorang pelakon lelaki popular tanah air.

Menurut gadis tersebut empat tahun yang lalu dia telah berkenalan dan bercinta dengan seorang pelakon tersebut.

Malah, menurutnya lagi pelakon tersebut pernah bermalam di di rumah keluarganya, malangnya hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Namun, sejak berjumpa di aplikasi Bigo Live, mereka telah berjumpa semula. Pada mulanya dia mengajak gadis tersebut untuk makan tengah hari di Damansara, The Curve kemudian merancang untuk ke Port Dickson pada 17 Januari 2017.

Menurut gadis tersebut, dia juga mampunyai hubungan yang baik dengan pembantu peribadi pelakon tersebut. Namun setelah dipecat, pembantu tersebut ceritakan segala pada saya tentang planning ke Port Dickson.

IKLAN

Rupa-rupanya, perkara itu telah dirancang oleh pelakon tersebut dengan niat sengaja untuk tidur bersama gadis ini dan terus meninggalkannya.

Sewaktu itu hubungannya bersama pelakon tersebut telah pun terputus dan dia langsung tidak tahu mengenai kandungannya.

Sehingga dapat pengesahan tentang mengandung, gadis ini segera mencari pelakon tersebut dengan meninggalkan mesej di Instagram tetapi mesej itu hanya dibaca dan tidak berbalas.

IKLAN

Selang beberapa ketika, gadis ini telah dihubungi sendiri oleh kekasih pelakon tersebut dan di soal siasat tentang status hubungan mereka.

Oleh kerana tidak mahu memanjangkan cerita, gadis ini menjawab persoalan dan jelaskan apa yang terjadi.

Walaupun tidak berniat untuk berkahwin dengan pelakon tersebut namun gadis ini hanya ingin menuntut bela segala kos rawatan yang ditanggungnya selama 9 bulan.

IKLAN

Menurutnya, dia telah habis beribu ringgit untuk memastikan kesihatan bayi dalam kandungan.

Malah, gadis ini turut memberitahu wajah anaknya saling tak tumpah seperti ‘ayahnya’. Okay kami tak mahu cakap panjang, korang dengar sendiri perbualan ini.

SUMBER : mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI