Mudah betul orang sekarang ni untuk membuat anggapan dan andaian apabila membaca status orang lain di media sosial tanpa mengetahui perkara sebenar.
Pelakon wanita popular, Rita Rudaini telah meluahkan rasa kecewanya di Instagram setelah dia dituduh oleh segelintir pihak kerana dikatakan memerli pasangan pengantin baru, Fazura dan Fattah Amin.
Kalau anda masih ingat sebelum ini ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fazura bahawa sejak mendirikan rumah tangga dia jarang berpisah dengan suaminya dan dia juga sempat bergurau ‘macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu’ katanya berseloroh kepada sebuah media tempatan.
Spekulasi mula timbul apabila Rita ada memuat naik gambar kucingnya yang bernama Dahlia di Instagram dan meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan haiwan peliharaannya itu.
Nampaknya ramai yang mula menyalah anggap tulisan Rita ini dan mendakwa pelakon ini memerli Fazura.
IKLAN
Rentetan daripada hal ini, Rita tampil di menerusi satu perkongsiannya di Instagram sekali lagi dan meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang diterima.
MH faham apa yang dirasakan oleh Rita, siapa yang tidak sedih dan kecewa bila dirinya dituduh memerli orang lain sedangkan dia sedikit pun tiada niat seperti itu.
Harap-harap spekulasi ini tidaklah diperbesarkan kerana tuan punya badan sudah pun jelaskan apa yang terjadi dan dalam masa yang sama MH juga berharap agar netizen tidak mengaitkan lagi perkongsian Rita sebelum ini dengan isu yang dikaitkan.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik artikel memaparkan dirinya berbaju kuning sambil memegang sekotak susu, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam menjelaskan dia pernah bekerja sebagai penghantar susu 19 tahun lalu.
Tulisnya menerusi Instagram, kerjaya ini sangat mencabar kerana seawal jam 5.00 pagi, dia perlu menggantung susu di pagar pelanggan.
Malah lebih suspen, dia pernah ditahan rukun tetangga kerana dituduh ingin merompak.
“Ni article 2010. Aku penah keje jadi penghantar susu ?serius mencabar okay keje ni! Setiap hari pukul 5pagi aku kene pegi gantung susu dekat gate rumah customer.
“Banyak kali aku kene sergah dengan anjing tuan rumah, pastu penah kena tahan dengan abang2 rukun tetangga sbb diorang ingat aku nak merompak!
“Penah kena saman sbb 5 pagi kan xde orang, aku uturn je la tempat yg salah sekali tetiba je mr polis sampai. Mmg cekap betul dia buat keje.
“Apepon aku besyukur sbb ade pengalaman hidup mcm ni, boleh la jugak buat cerita kat anak2 bila dah ade anak nanti,” tulisnya.
Terharu dengan kesungguhan pelakon ini mencari rezeki, netizen terus mendoakan agar urusan pelakon ini dipermudahkan, lebih-lebih lagi dalam soal cahaya mata.
Izzue dilihat turut membalas komen yang ditinggalkan netizen.
Memang manis bila kenangkan kembali zaman bersusah payah dahulu kan?
Drama bersiri ‘Suara Hati’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan novelis Anis Ayuni yang mengangkat genre kekeluargaan terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd.
Drama 13 episod arahan sutradara Emy Suffian atau lebih dikenali dengan nama panggilan Pyan Screw ini turut menampilkan Zetty Alia Dato’ Ramly sebagai penerbit eksekutif, Dato’ Zaiton Muhd Jiwa selaku penerbit serta Farah Alya As’ari sebagai penulis skrip.
Suara Hati dibintangi Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama serta turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud dan YMDato’ Sri Rezza Shah.
Bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 19 Julai 2021 di saluran Astro Prima (105), ia turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Menarik, ini trivia Suara Hati yang perlu anda tahu sebelum menontonnya!
Keseluruhan penggambaran mengambil masa lebih kurang sebulan di sekitar Kuala Lumpur.
Ini merupakan penglibatan pertama pelakon Syafiq Kyle dalam projek drama bersiri untuk slot Tiara di Astro Prima.
Hanna Aqeela kembali bekerjasama dengan Syafiq Kyle buat kali kedua. Hanna juga turut dikenali sebagai antara pelakon wanita yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Oleh itu, kesemua babak futsal yang ditampilkan dalam drama ini dilakonkan sendiri oleh Hanna.
Buat pertama kalinya juga, Syafiq dan Hanna diketengahkan sebagai pasangan hero dan heroin menerusi drama ‘Suara Hati’. Mereka memegang watak sebagai Harris dan Hani.
Pengarah Emi Suffian berpendapat gandingan Syafiq dan Hanna mudah mencipta keserasian sebagai teraju utama dalam drama ini kerana kedua-dua mereka mempunyai minat yang sama iaitu aktif bersukan serta turut mempunyai jarak usia yang tidak jauh berbeza.
Mereka juga saling mengambil berat dan memahami satu sama lain sebagai pelakon sekaligus memudahkan lagi proses penggambaran di set.
Antara momen menarik yang bakal meninggalkan impak mendalam kepada penonton adalah adegan ketika pertembungan watak Harris, Hani dan Naim (lakonan Aidil Aziz) di sebuah kedai kek. Ketiga-tiga pelakon tersebut saling memberi reaksi yang berbeza perasaan sehingga membuatkan pengarah berasa terkesan dengan babak itu.
Antara babak mencabar dalam drama ini adalah sewaktu penggambaran di set lokasi gelanggang futsal. Situasi agak sukar dikawal pada ketika itu kerana ramai pengunjung yang berada di premis futsal tersebut. Namun cabaran tersebut dapat diatasi kerana Syafiq dan Hanna memang mahir bermain futsal lantas penggambaran menjadi mudah dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Single ‘Biar Aku Simpan’ nyanyian Bimasakti featuring Oktovia Manrose diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti tahun lalu, Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan membuka penjualan tiket kepada peminat setia anugerah berprestij ini.
Sesi juala tiket adalah pada hari Khamis, 9 Januari 2020 melalui laman sesawang rasmi www.myticket.asia.
Membariskan lapan penyanyi solo dan empat buah persembahan kumpulan, semestinya persaingan para finalis kali ini lebih hebat berbanding tahun lalu.
Oleh itu, tiket AJL34 dianggarkan akan terjual lebih laris berbanding tahun lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, mereka turut menggunakan sistem nombor bagi memudahkan ruang tempat duduk.
“Memperhalusi sistem tiket dan tempat duduk audien di Axiata Arena, kami akan memperketat sistem pengawal selia setiap kemasukan penonton ke Axiata Arena.
”Pihak penganjur juga akan menggunakan sistem tempat duduk bernombor bagi memudahkan pemegang tiket membeli tempat duduk yang dikehendaki mereka tanpa berebut dengan audien lain pada malam 9 Februari itu nanti.
”Oleh itu, para pembeli dan pemegang tiket haruslah berhati-hati ketika membeli tiket dan mematuhi nombor tempat duduk yang dibeli bagi memastikan kelancaran Anugerah Juara Lagu 34 nanti,” katanya.
Sementara itu, tiket Anugerah Juara Lagu 34 adalah berdasarkan aras tempat duduk yang hendak dibeli, iaitu Arena, Aras 3, dan Aras 4. Para peminat AJL34 boleh memilih sama ada hendak membeli tiket Arena yang berharga RM60, atau Aras 3 dengan harga RM40, atau Aras 4 dengan harga RM30.
Dapatkan tiket Anugerah Juara Lagu 34 anda secepat mungkin kerana tempat duduk adalah terhad. Walau bagaimanapun, para pembeli tiket hendaklah sedia maklum bahawa kanak-kanak dibawah umur 7 tahun tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam Axiata Arena ketika AJL34 berlangsung.
AJL34 akan bersiaran secara langsung pada 9 Februari 2020 (Ahad), 9.00 malam. Hangatkan lagi perbualan di alam maya anda dalam laman media sosial dengan menggunakan tanda pagar #AJL34.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!