Mudah betul orang sekarang ni untuk membuat anggapan dan andaian apabila membaca status orang lain di media sosial tanpa mengetahui perkara sebenar.

Pelakon wanita popular, Rita Rudaini telah meluahkan rasa kecewanya di Instagram setelah dia dituduh oleh segelintir pihak kerana dikatakan memerli pasangan pengantin baru, Fazura dan Fattah Amin.

Kalau anda masih ingat sebelum ini ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fazura bahawa sejak mendirikan rumah tangga dia jarang berpisah dengan suaminya dan dia juga sempat bergurau ‘macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu’ katanya berseloroh kepada sebuah media tempatan.

Spekulasi mula timbul apabila Rita ada memuat naik gambar kucingnya yang bernama Dahlia di Instagram dan meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan haiwan peliharaannya itu.

IKLAN

Nampaknya ramai yang mula menyalah anggap tulisan Rita ini dan mendakwa pelakon ini memerli Fazura.

IKLAN

Rentetan daripada hal ini, Rita tampil di menerusi satu perkongsiannya di Instagram sekali lagi dan meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang diterima.

YA ALLAH…kenapa dgn manusia skrg? Apa salah sy? Sy upload caption cite psl kucing sy pon di tuduh perli org…ALLAHUAKBAR…mcm2 di tuduh sy….sy cerita kn cerita yg sbnar nya psl kucing sy pon salah ke? Sy di tuduh memerli seorg artis pengantin baru??!! Sy pon jd blur sekejap..bila di siasat rupanya sy di tuduh perli fazura..astarafirullahalazim…sy sgt sedih yg amat dgn manusia skrg…xcukup tuduh sy,mereka tuduh #metro putar belit cerita…sedangkan metro tiru sebijik n xubah seinci pon cerita sy…dan utk pengetahuan smua,sy tidak tau n xambik tau pon pasal kes bilik air tu or watever…byk lg kerja sy nak buat..sy nk cari duit bela ank2 lg,nak jaga ank2 lg nak jaga kucing lg….sy brkongsi cerita dgn smua yg kucing sy mmg manja sampai ikut kemana sj sy pergi smpi ke dlm bilik air pon dia ikut..bila sy berak je lah dia xikut..mcm mana sygnya sy kt kucing sy tu n rindunya sy kt dia klau xnmpk dpn mata…..apa yg anda smua pikir jauh menyimpang ni???? Apa masalah anda ye? Smpi ada kata sy manusia hati hitam…Skrg ni hati sy yg hitam or hati anda? Da jd FITNAH tu….ye btul lah zaman skrg zaman fitnah…..? …slalu lah bersangka baik pd org….uihhh mmg sedih gila sy mlm ni sbb xsangka teruk sgt zaman fitnah ni smpi yg xde hal pon di jdkn bahan utk fitnah….? slmt mlm dan maafkn smua sblm tido…pesanan sy,nak fanatik pd artis masing2 xsalah tp jgn smpi tuduh,fitnah n sangka buruk kt org lain… . . . *sy nak btul kn cerita kt sini…pd yg tuduh #metro niat melagakan2 sy n artis itu tidak benar….dr smlm metro kol sy nk mintak story psl dahlia…tp smlmsy sgt bz…dan harini sy ckp kt #metro sy ada cerita baru psl dahlia iaitu kucing sy,krn harini pertama kali kami berpisah…sy mintak dorg copy krn sy hari ini terkejar2 utk setel keja n kejar flight…harap smua jgn buat kesimpulan yg bole menjadi fitnah pd pihak lain pulak…jujur sy bgtau,#metro tidak berniat spt yg anda fikirkn…tkasih

A post shared by @ritrud727 on

IKLAN

MH faham apa yang dirasakan oleh Rita, siapa yang tidak sedih dan kecewa bila dirinya dituduh memerli orang lain sedangkan dia sedikit pun tiada niat seperti itu.

Harap-harap spekulasi ini tidaklah diperbesarkan kerana tuan punya badan sudah pun jelaskan apa yang terjadi dan dalam masa yang sama MH juga berharap agar netizen tidak mengaitkan lagi perkongsian Rita sebelum ini dengan isu yang dikaitkan.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI