Nampaknya ramai netizen seluruh dunia mempertikaikan tentang saiz tubuh badan Taylor Swift yang dikatakan agak berbeza daripada sebelum ini.
Taylor yang sangat terkenal dengan tubuh badan yang langsing dan flat itu tiba-tiba menjadi semakin mantap selepas video klip Look What You Made Me Do di keluarkan.
Malah baru-baru ini sebuah gambar yang dikongsikan oleh Taylor sendiri menjadi perbulan ramai apabila dikatakan agak berisi terutamanya di bahagian dada dan pinggulnya.
Ads
Bagaimana pun ramai jugak yang memberitahu besar kemungkinan Taylor sudah berisi bukannya menambah apa-apa implan.
Namun sehingga kini Taylor enggan memberi apa-apa komen tentang ini dan menutup ruangan komennya.
Terbaru, penyanyi ini telah mengejutkan orang ramai dengan menghadiahkan sebuah rumah buat peminatnya yang hamil dan gelandangan.
Ads
Perkara ini membuktikan walaupun ‘the old taylor dead’ tetapi ‘sifat mulia’ itu masih wujud di dalam hatinya.
Nah #MHBelanjaGambar Taylor Sebelum dan terkini…
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jika tadi kami kongsikan berita gembira tentang pelakon Sari Yanti, kali ini satu berita sedih yang kami terima tentang Mia Ahmad.
Seperti yang kita tahu sebelum ini Mia Ada berkongsi beberapa hint yang membuatkan ramai bersepkulasi tentang kehamilannya.
Malah, Mia juga pernah disangkakan berbadan dua kerana satu gambarnya ketika di lokasi pengambaran viral kononya nampak baby bump secara tidak sengaja.
Namun baru-baru ini melalui sebuah posting di Instagram, Mia ada meluahkan perasaan sedihnya di ruangan Insta Stories.
Salah satu postingnya yang mendapat perhatian ramai apabila Mia memberitahu dia bersama suami tidak dapat menolak Qada & Qadar yang telah ditentukan.
“I Still Have Allah and this man of my life. May Allah grant you Jannah, syg. Amin.
“Qada & Qadar we can’t deny,” tulisnya ringkas di Insta Stories.
Malah, Mia turut muat naik sebuah video yang mengatakan produk yang pernah diambilnya suatu masa dahulu ini bukan sahaja bagus untuk wanita lepas bersalin tetapi juga sesuai untuk individu yang mengalami keguguran.
So adakah ini satu hint atau hanya sekadar kebetulan sahaja?
Namun, apa yang MH sedar baru-baru ini juga Mia ada memuat naik sekali lagi sebuah gambar dengan ucapan terima kasih buat semua individu yang sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.
Apapun MH harap Mia dalam keadaan yang baik-baik, sekiranya spekulasi ini benar, kami harap Mia akan terus kuat dan jangan mengalah untuk cuba sekali lagi!
Buat netizen pula, mungkin ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda semua mengecam apa-apa tindakan Mia yang hanya berniat untuk berkongsi perkembangan diri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Eh, betul ke ni apa yang kami dengar? Baru-baru ini MH ada tersedar satu posting di Forum Cari yang bercerita tentang Sari Yanti kini telah berbadan dua!
Walaupun Sari tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau update tentang kandungannya itu namun melalui akaun adik kepada suami pelakon cantik ini, Jep Sepahtu netizen dapat mengagak Sari kini mungkin sedang berbadan dua.
Malah, ada juga netizen yang dapat mengagak Sari hamil kerana melihat Sari sering keluar dan mengidam untuk makan pelbagai jenis makanan dan sering kongsikan di Instagram.
Dalam masa yang sama ada juga menambah, Sari kelihatan semakin berseri-seri sejak akhir-akhir ini.
Namun sejauh mana kebenarannya tidak pula MH tahu kerana tuan punya badan sendiri tidak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kehamilannya.
Jika benarlah apa yang pengguna forum katakan itu, MH ingin ucapkan tahniah buat mereka berdua.
Apapun nah #MHBelanjaGambar Sari Yanti yang semakin berseri-seri sejak bersama suami tercintanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mudah betul orang sekarang ni untuk membuat anggapan dan andaian apabila membaca status orang lain di media sosial tanpa mengetahui perkara sebenar.
Pelakon wanita popular, Rita Rudaini telah meluahkan rasa kecewanya di Instagram setelah dia dituduh oleh segelintir pihak kerana dikatakan memerli pasangan pengantin baru, Fazura dan Fattah Amin.
Kalau anda masih ingat sebelum ini ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fazura bahawa sejak mendirikan rumah tangga dia jarang berpisah dengan suaminya dan dia juga sempat bergurau ‘macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu’ katanya berseloroh kepada sebuah media tempatan.
Spekulasi mula timbul apabila Rita ada memuat naik gambar kucingnya yang bernama Dahlia di Instagram dan meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan haiwan peliharaannya itu.
Nampaknya ramai yang mula menyalah anggap tulisan Rita ini dan mendakwa pelakon ini memerli Fazura.
Rentetan daripada hal ini, Rita tampil di menerusi satu perkongsiannya di Instagram sekali lagi dan meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang diterima.
MH faham apa yang dirasakan oleh Rita, siapa yang tidak sedih dan kecewa bila dirinya dituduh memerli orang lain sedangkan dia sedikit pun tiada niat seperti itu.
Harap-harap spekulasi ini tidaklah diperbesarkan kerana tuan punya badan sudah pun jelaskan apa yang terjadi dan dalam masa yang sama MH juga berharap agar netizen tidak mengaitkan lagi perkongsian Rita sebelum ini dengan isu yang dikaitkan.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shukri Yahaya mengakui dirinya agak terkilan dengan sikap segelintir pelakon baharu yang didakwa tidak mahu menerima tawaran drama dan hanya mahu memberikan tumpuan kepada projek di platform over the top (OTT) serta filem.