1. Anak Siti Nurhaliza Bakal Ditahnik Mufti Wilayah Persekutuan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Semalam!

Wah bertuah betul Fatimah Az-Zahra, MH diberitahu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri akan menyempurnakan tahnik, cukur rambut anak perempuan penyanyi nombor satu Malaysia ini sempena majlis akikah hujung minggu ini.

Bukan itu sahaja, majlis ini juga akan menjadi majlis yang cukup ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Malaysia untuk melihat sendiri wajah serta mengetahui apakah nama sebenar Fatimah Az-Zahra.

 

2. ‘Saya Tidak Mahu Dilabelkan Sebagai Pelakon Kanak-kanak’ – Sweet Qismina

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Semalam!

Kasihan pula MH baca tentang selebriti muda berusia 21 tahun ini. Mana tidaknya, hanya kerana fizikalitinya yang kecil molek dia sering diberi watak-watak kanak-kanak.

IKLAN

Oleh itu, Sweet yang popular menerusi drama bersiri Hikayat Putera Shazlan memberitahu dia memasang azam untuk menukar haluan lakonannya dari sering mendapat watak kanak-kanak ke watak yang lebih dewasa atau remaja.

Tambahnya, dia akan lebih memilih namun tidak akan menolak bulat-bulat sebaliknya akan pertimbangkannya.

3. Isu Baju Ketat, Wany Hasrita Akui Silap Sendiri!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Semalam!

IKLAN

Kasihan Wany Hasrita, gara-gara memuat naik gambar untuk mempromosikan sebuah jenama pakaian di Instagram, Wany terpaksa berdepan dengan beribu kecaman dari pengikutnya gara-gara dikatakan pakaian tersebut terlalu ketat dan tidak melambangkan imej Wany.

Walaubagaimanapun, Melalui mStar Wany telah memohon maaf kepada semua orang terutamanya peminat serta pengikutnya dan menganggap semua itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya hanyalah salahnya sendiri.

 

IKLAN

4. Izreen Bengang, Ada Individu Cuba Tutup Periuknya Cipta Akaun Palsu!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Semalam!

Dalam kemelut yang melanda suaminya bersama bekas madunya, Izreen dikatakan kecewa apabila ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mencipta satu akaun palsu bernama The Real Izreen Azminda dan memberi kenyataan yang menutup periuk nasinya.

Di sebuah portal hiburan, mereka menjelaskan Izreen akui sudah nyah aktif akaun instagram lebih sebulan yang lalu dan tidak mungkin dia ingin meninggalkan kerjaya seninya.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI