Ibu kepada juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid telah berkongsi status dan menggelarkan anaknya sebagai Malin Kundang.

Hal ini tular di laman sosial apabila ibu Sufie, Irma Suriana Mahamud telah meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap anaknya itu di ruangan status akaun Facebook miliknya.

Menerusi perkongsian status Irma itu, dia menyatakan bahawa sudah tidak ada apa lagi yang hendak dibanggakan daripada anaknya itu.

IKLAN

“Takde apa nak di bangga2kan. Kalau yg membawa nya 9 bulan 11 hari, yg menyusukan. membesarkan dan memperjuangkan sehabis2 nya dari usia nya 3 tahun sehingga dia berjaya. Penghabisan kita di humban seperti kain buruk yg dah tk berguna lagi,” tulis ibu Sufie meluahkan rasa kecewanya.

Dihumban Seperti Kain Buruk Yang Dah Tak Berguna Lagi’ – Ibu Sufie Rashid

Walau bagaimanapun, Sufie selaku anak juga ada berkongsi status di akaun facebooknya  dengan menyatakan kasih sayangnya terhadap Irma tidak akan pernah berkurang.

IKLAN

“To all that express concern about my mothher, I appreciate so much. My prayers are always for her and my love for her will never cease. Thank you,” tulis Sufie.

Dihumban Seperti Kain Buruk Yang Dah Tak Berguna Lagi’ – Ibu Sufie Rashid

IKLAN

Diharapkan segala permasalahan yang dialami oleh Irma dan anaknya dapat menemui jalan penyelesaian. Kami juga mendoakan agar hubungan mereka anak-beranak sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: Facebook Irma Suriana Mahamud & Facebook Muhammad Sufie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI