Kecoh sungguh episod rancangan hiburan terkenal, MeleTOP semalam. Ini semua gara-gara kehadiran Datuk Hans Isaac yang dilihat begitu mesra dengan bekas kekasihnya yang juga pengacara program tersebut, Neelofa.

Datuk Hans Buat Pengakuan Jujur Depan Neelofa & Nabil Ahmad

Terdahulu, mereka dikatakan bercinta kira-kira dua tahun, malangnya hubungan itu terputus di tengah jalan pada Februari 2014.

Hans hadir ke MeleTOP bagi mempromosikan rancangan terbarunya, Lawak Ke Der Tak Coverline, sebuah rancangan bual bicara santai bersama Hans sendiri selaku pengacara dan tetamu undanggannya yang terdiri daripada pelawak popular tanah air.

Datuk Hans Buat Pengakuan Jujur Depan Neelofa & Nabil Ahmad

IKLAN

Disebabkan itu, Nabil mengambil kesempatan itu untuk bertanya kepada Hans soalan panas mengenai hubungan Hans dan Neelofa pada masa akan datang.

“Kalau lah tiba-tiba, Datuk kan single. Perasaan datang tu balik buat both of you (Neelofa). Adakah anda berdua akan kembali bercinta semula?” Tanya Nabil buat aktor itu.

Apa yang menarik, Hans berkata dia memerlukan seseorang yang agak istimewa untuk membuka hatinya semula. Adakah Neelofa orangnya?

IKLAN

Datuk Hans Buat Pengakuan Jujur Depan Neelofa & Nabil Ahmad

“Rasanya dua-dua ada hidup masing-masing. Jodoh kita tak tahu, namun buat masa sekarang kedai saya sudah tertutup maksimum dan saya tak tahu bila nak buka balik. Kalau terbuka balik, perlukan orang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula.” balas Hans dengan tenang.

Menurut Hans lagi dia yang sudah mengenali Neelofa sejak Neelofa mula berkecimpung dalam dunia seni lagi, dan kini dia turut berbangga dengan pencapaian Neelofa.

IKLAN

Namun, Neelofa berkata mereka hanya bersahabat baik walaupun macam-macam yang terjadi sebelum ini. Apapun MH doakan yang terbaik untuk keduanya.

Dan we give a big respect pada Neelofa dan Hans kerana masih boleh mengekalkan hubungan yang baik sehingga ke hari ini.

Sumber : MeleTOP

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI