Kepada semua peminat filem francais Marvel, nampaknya korang harus bersedia kerana Avenger 4 akan menjadi filem terakhir Kapten America.

Pemegang watak Kapten America, Chris Evans, 36 tahun mendedahkan bahawa dia tidak akan kembali ke filem francais popular tersebut selepas Avenger 4 yang bakal menemui penonton pada Mei 2019.

“Anda mungkin mahu turun daripada kereta api sebelum ditolak daripadanya” katanya kepada media.

Ohmy! Bagaimanalah agak francais tersebut tanpa Kapten America ya? Lagipun, watak tersebut merupakan antara yang menjadikan filem tersebut hits sama seperti Thor, Iron Man The Hulk, Black Widow dan Hawkeye.

IKLAN

Cukuplah Sampai Avenger 4 Sahaja – Chris Evan Akui Akan Tinggalkan Francais Marvel

Untuk pengetahuan korang, Evan telah memegang watak Kapten America sejak tahun 2011 lagi bermula dengan filem Kapten America: The First Avenger.Akhirnya setelah hampir 10 tahun, dia akan bersara daripada watak tersebut.

IKLAN

Selain Evans, seorang lagi watak penting Marvel Iron Man yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr juga akan meninggalkan francais tersebut.

Bermula dengan filem pertama Ironman pada tahun 2008, filem Avenger: Infinity Wars ini bakal melihatkan lakonan kali kelapan Downey Jr sebagai Iron Man.

IKLAN

Cukuplah Sampai Avenger 4 Sahaja – Chris Evan Akui Akan Tinggalkan Francais Marvel

“Saya hanya ingin ‘gantung’ jersi saya sebelum ia jadi perkara yang memalukan,” katanya.

sumber: Enews

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI