Select Page
  • 7.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    7.8K
    Shares

Dah menjadi kebiasaan di negara kita ini ramai yang menggemari makan ulam-ulaman sebagai lauk tambahan pada menu makanan kita.

MH rasa kalau korang merupakan pengikut setia kepada pelakon cantik, Datin Eina Azman pasti korang tahu bahawa Eina sangat menggemari petai dan di sering memasak lauk pauk yang berasaskan petai.

Apa yang menarik perhatian MH baru-baru ini adalah, Eina ada memuat naik satu video yang merakamkan anak lelakinya Karl Kareef sedang makan petai.

Teruja betul MH melihat Karl yang suka sangat makan petai. Jom MH share sikit dengan korang video Karl makan petai.

Bukan MH sahaja yang teruja malah pengikut-pengikut Eina juga turut teruja melihat Karl yang sangat suka makan petai tersebut.

Walau bagaimanapun ada juga segelintir netizen yang mengatakan petai tidak baik untuk perut kanak-kanak.

Sebagai seorang ibu, pastinya Eina lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Apapun bila MH tengok Karl makan petai ni tiba-tba MH pun rasa nak cari ulam petai waktu makan nanti hihi.

Sumber: Instagram Eina Azman

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: