Acap kali kita disajikan dengan berita majikan mendera pembantu rumah mereka. Lebih menyedihkan apabila ada diantara mangsa yang mengalami kecacatan kekal serta trauma yang teruk.

Namun begitu, jarang pula kita nak dengar cerita anak majikan didera pembantu rumah.

Terkesan dengan berita pembantu rumah didera, penyampai radio, Zulin Aziz mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya semasa dia masih kecil.

IKLAN

“Kejamnya majikan dera amah ni, macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam itu kau pukul. Manalah hati dia masa itu.

 

“Dulu masa kecil-kecil, aku mangsa dera amah, sampai satu hari jiran sebelah mengadu kat arwah abah. Bayangkanlah kepala aku dihantuk-hantuk kat dinding.

 

“Kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air. Aku masih ingat lagi, tapi arwah abah cuma halau dia keluar,” ceritanya menerusi laman Twitter miliknya.

Zulin Aziz Dedah Pernah Dibuli Pembantu Rumah

Tambah Zulin lagi, dia sudah cuba memberitahu kedua ibu bapa mengenai perkara itu namun cubaannya gagal.

IKLAN

Zulin Aziz Dedah Pernah Dibuli Pembantu Rumah

“Aku mengadu sorang pun tak percaya sebab bibik kemain baik, baik depan dia orang, jiran aku, indian. Selalu nampak dan dengar aku kena bantai.

 

“Terima kasih jiran, walau wajah kau aku tak ingat tapi aku nak terima kasih sangat.

 

“Bila ingat balik Ya Allah, ‘scary’nya keadaan aku time tu. Mak ayah busy kerja. Outstation ke sana ke mari.

 

“Hisyh, tak mau ingatlah. Tutup cerita,” tulisnya.

Zulin Aziz Dedah Pernah Dibuli Pembantu Rumah

IKLAN

Siapa sangka disebalik sikap Zulin yang ceria dan ‘gila-gila’ terselit kisah duka yang harus dilaluinya semasa zaman kanak-kanak. Mungkin disebabkan pengalaman itulah yang menjadikan dia seorang insan yang kuat hari ini.

Sumber: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI