
Zubir Khan
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah premis acara di Bangi Golf Resort, Bangi, pada Jumaat.
Majlis akad nikah tersebut disempurnakan oleh jurunikah, Ustaz Abdul Aziz Abd Rahman dalam suasana sederhana namun penuh meriah.
Dalam majlis berkenaan, Zubir menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan mempelai.
Pengantin lelaki turut membawa lima dulang hantaran yang dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan.
Pada hari bahagia itu, bintang berkenaan segak mengenakan persalinan kurta berona putih yang dipadankan dengan selendang merah
Sementara Dr. Heama Maleini pula kelihatan anggun mengenakan persalin merah.
Baca Artikel Lain;
Suasana majlis turut bertukar hiba apabila Zubir dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memohon salam restu daripada ibu serta ibu mentuanya.
Majlis tersebut dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Untuk rekod, pasangan ini difahamkan mula berkenalan pada tahun 2024 menerusi platform media sosial.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
@mediahiburanofficial Tahniah diucapkan buat penyanyi dan komposer lagu tamil, Zubir Khan yang selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini dengan hanya sekali lafaz. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat ✨💕 #MHnews #MediaHiburan ♬ original sound – Media Hiburan