Selepas mengalami keruntuhan rumah tangga, pelakon dan penerbit, Zizan Nin mengakui fokus utamanya adalah pada kerjaya seni semata-semata.

Tambahan pula, selebriti berusia 44 tahun ini semakin sibuk menerbitkan pelbagai program dokumentari menerusi syarikatnya, Aquila Emas Sdn Bhd.

“Alhamdulillah, inilah hidup saya. Hidup saya seperti biasa.

“Cuma, saya terlalu sibuk dengan karier seni. Lebih-lebih lagi selepas jadi penerbit.

“Bila dah jadi penerbit, saya rasa tanggungjawab itu lebih besar kerana diberi kepercayaan tinggi,” katanya pada Media Hiburan.

Pun begitu, pemilik nama penuh Azizan Nin ini tidak bercadang untuk menerbitkan drama atau filem sekali gus menjadikannya berbeza dengan syarikat produksi lain.

Katanya, penghasilan dokumentari lebih menarik perhatiannya kerana bukan sahaja berfungsi menyalurkan maklumat tetapi ia juga menyeronokkan.

“Minat saya lebih terarah kepada penghasilan dokumentari.

IKLAN

“Saya cuba tampil dengan produk yang sarat dengan informasi berguna kepada penonton kerana itu latar belakang saya selain ia memberi kepuasan kepada saya.

“Kini, saya sedang siapkan dua dokumentari iaitu Jom Kayuh 2 dan Pesona Malaysia untuk siaran RTM,” katanya.

Zizan Nin Cuba Jadi Pelawak

Kurang Berlakon?

Lantaran itu, bintang filem Tanda Putera ini mengakui kurang aktif berlakon namun tidak pernah bercadang untuk meninggalkan bidang itu kerana minat.

IKLAN

“Saya hanya ambil beberapa tawaran saja, yang selebihnya saya terpaksa tolak kerana sibuk dengan produksi.

“Saya takut tak dapat memenuhi komitmen sekali gus menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon,” katanya.

Terbaru, Zizan tampil menerusi filem televisyen, #TerobekRaya yang diterbitkan oleh JWH Production yang dimiliki oleh sahabat baiknya, Johan dan Ozlynn Wati.

“Sebenarnya, kekangan masa membataskan saya untuk menerima tawaran itu.

“Tapi, mereka sanggup menunggu masa saya, sebab itu saya terima pelawaan mereka kerana mahu membantu kawan.

IKLAN

“Ia projek yang menyeronokkan kerana ia sebuah filem komedi sekali gus cabaran baru dalam karier lakonan saya,” katanya.

Biarpun sukar, bintang filem Cinta Terakhir bagaimanapun belajar untuk memahami karakter dan perwatakan

daripada pelakon lain yang rata-ratanya berpengalaman dalam arena komedi.

“Cabaran utamanya tentu saja menghidupkan watak spontan yang diberikan tanpa sebarang skrip.

“Mungkin peringkat awal masih ada kekurangan saya. Kadangkala saya terdiam kerana seperti keliru.

“Jadi, dalam situasi itu saya memilih untuk membiarkan saja barisan pelakon lain yang didominasi pelawak untuk menguasai,” katanya.

Selain Zizan, #TerobekRaya turut membariskan Johan. Ozlynn, Tauke, Ani Mayuni, Riz Amin, Marsha Milan, Beto Kusyairy dan Azhan Rani serta disiarkan di saluran Astro First Eksklusif, bermula 24 Ogos lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI