
Pelakon Zarina Zainuddin menyokong keputusan pelawak dan penyampai radio, Shuib untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Zarina menyatakan sokongannya menerusi ruangan komen satu portal berita yang menyiarkan artikel tentang perancangan Shuib untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
“Biarlah orang tu nak kahwin, dia lelaki mana boleh tahan lama-lama. Kesian dia.
“Maid boleh cari dan jaga anak-anak. Dia pun nak bahagia juga, takkan nak murung sepanjang hidup,” tulis Zarina.
Terdahulu, Shuib pernah meluahkan kekesalannya di atas sikap segelintir netizen yang sehingga kini seolah-olah tidak berpuas hati dengan hubungan rapatnya bersama Watie.
Menurut Shuib, hubungan mereka mendapat restu daripada ibunya malah menyifatkan Watie mempunyai sikap penyayang sama seperti arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
“Dia seorang insan yang boleh diharap, penyayang, penyabar serta wanita yang dapat menerima saya seadanya,” kata Shuib.
Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah.
Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tiada Bantahan…,” – Pakai Spender Di Kepala, Nas-T Ikut Kehendak Pengarah

Mengenakan seluar dalam di bahagian muka, pelakon Nas-T tiada masalah untuk mengikuti kehendak pengarah, Anwari Ashraf sewaktu membintangi filem Keluang Man The Movie.
Menurut Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin, kostum tersebut sebagai sebahagian daripada jalan cerita dan ia bukanlah sesuatu yang menjijikkan.
“Saya tiada kekangan dan bantahan. Saya ikut sahaja kehendak pengarah. Di sini saya ingin tegaskan dan jelaskan, yang saya pakai itu adalah seluar dalam baharu.
“Takut nanti ada yang bertanya pula itu seluar dalam zaman bila. Itu seluar dalam baharu yang diambil dari dalam kotak.
“Ia hanya digunakan dalam filem dan tak pernah dipakai di tempat sepatutnya. Ia hanya dipakai di kepala untuk watak Keluang Man sebelum punyai kostum khas,” katanya kepada MH.
Nas-T berkata sedemikian ketika ditemui di acara malam gala filem Keluang Man The Movie di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Kostum Unik, Ada Kekuatan
Dalam pada itu, Nas-T akui kostum tersebut amat unik dan mempunyai kekuatan untuk menghiburkan ramai orang.
“Bila pertama kali saya pakai kostum itu dan tunjukkan kepada para kru, mereka pun tak boleh henti gelak. Sampai saya kena minta tolong mereka supaya berhenti ketawa.
“Kita nak shooting ni. Lama-lama barulah mereka biasa tengok saya pakai seluar dalam di muka.
“Ada kalanya, mereka tak boleh tahan ketawa juga terutama sekali bila saya nak makan. Saya terpaksa selak seluar dalam tu.
“Kalau nak buka semula, renyah nanti. Kita dah siap ikat untuk kostum itu. Ia ambil masa,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Nas-T akui teruja selepas melihat reaksi penonton ketika tayangan perdana berlangsung semalam.
“Alhamdulillah, ini kali pertama saya tonton filem Keluang Man yang siap sepenuhnya. Sebagai penonton, saya amat berpuas hati dengan jalan cerita dan usaha daripada pihak produksi.
“Sebelum ini saya agak risau dengan ekpektasi penonton. Bila lihat reaksi penonton tadi, ramai yang bersorak, gelak dan tepuk tangan. Terus saya rasa lega.
“Saya terkejut. Selalunya reaksi sebegini berlaku di dalam flem superhero yang lain. Bila dapat reaksi sebegitu dalam Keluang Man, saya bersyukur sangat. Inilah sokongan yang kamo harapkan.
“Saya harap reaksi seperti ini akan berterusan bila mula tayangan nanti,” akhirinya.
Terdahulu, Keluang Man The Movie bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.
Selain Nas-T, filem ini turut dibintangi barisan pelakon popular seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shweta Sekhon dan Anwaar Beg Moghal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fattah Amin Ajak Pelajar Bakal SPM Sertai Sesi Percubaan Secara Percuma, Terhad Kepada 1,000 Terawal Saja!

Pelakon terkenal Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi kerjasama ini, Fattah mengajak semua pelajar sekolah menengah terutama calon SPM untuk menyertai sesi percubaan secara percuma yang dianjurkan oleh PTTI.
Sesi percubaan ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berkesan.
Fattah Amin, yang dikenali dengan pengaruh positif dalam kalangan peminat muda, melihat ini sebagai satu peluang untuk menyumbang kepada komuniti dan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan.
“Sesi percubaan secara percuma ini adalah satu langkah penting untuk membantu mereka memahami potensi sebenar mereka dalam akademik.
“Adik-adik yang baru lepas percubaan SPM itu mesti sedang risau sebab mak ayah bagi harapan tinggi pada SPM yang akan datang ini. Jadi, dua bulan lagi tinggal untuk mereka menduduki SPM. Apa yang perlu dibuat?
“PTTI ada program khas selama tiga bulan yang ‘cover’ semua topik dan teknik untuk menjawab. Kalau nak tahu, PTTI adalah pusat yang melahirkan ramai pelajar cemerlang. Malah, ada yang dapat gred G bertukar kepada gred A.
“Sekarang ini, saya bersama PTTI nak bagi sesi percubaan secara percuma. Caranya mudah saja iaitu DM terus ke akaun PTTI online.
“Mereka juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Axia. Tempat ini terhad kepada 1000 orang sahaja,” katanya.
PTTI menawarkan pelbagai kursus dan modul pembelajaran yang direka khas untuk membantu pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Dengan sokongan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman, sesi percubaan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai cara PTTI berfungsi dalam membimbing pelajar mencapai kejayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, pihaknya amat teruja dengan kerjasama bersama Fattah Amin.
“Fattah bukan sahaja seorang selebriti yang dihormati, tetapi juga seorang yang bersemangat dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi muda.
“Kami berharap lebih ramai pelajar akan memanfaatkan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh PTTI,” katanya.
Pelajar dan ibu bapa yang berminat untuk mendaftar sesi percubaan percuma ini boleh melayari laman web rasmi PTTI atau menghubungi pihak pentadbiran untuk maklumat lanjut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wawa & Aeril Hadiahkan Staf Kereta, Niat Beri Kejutan Lebih Besar – “Kalau Capai Target RM50 Juta Mungkin Sebuah Rumah.”

Isi Kandungan
ToggleSebagai tanda dedikasi atas kecemerlangan menggalas tanggungjawab, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat kejutan terhadap seorang kakitangan mereka di Wawa Cosmetics dengan menghadiahkan sebuah Perodua Bezza.
Wawa berkata, kakitangan yang dipilih dari unit operasi itu dirasakan layak untuk diberikan penghargaan terbabit kerana menunjukkan prestasi kerja yang baik.
Hadiah Termahal Sebuah Kereta
“Pasukan operasi kami adalah antara bahagian yang sangat bekerja keras tahun ini dan saya sendiri tahu kepenatan yang mereka hadapi setiap hari demi menggerakkan operasi Wawa Cosmetics.
“Jadi ini cara kami untuk menghargai, seterusnya hadiahkan sebuah kereta memandangkan kebanyakan pekerja operasi ini masih belum mempunyai kenderaan.
“Individu yang terpilih ini mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) tertinggi tahun ini, walau sebenarnya ada ramai lagi yang mencapai KPI syarikat tapi kiranya ini rezeki dia, insya-Allah pekerja lain untuk masa akan datang,” katanya.
Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wawa Glamorous Night, di Putrajaya, baru-baru ini.
Mahu Hadiahkan Rumah Pula
Wawa pada masa turut optimis untuk terus menghargai para pekerjaya, termasuk pasang impian untuk menghadiahkan sebuah rumah sekiranya jualan jenama mencapai sasaran.
Bercakap mengenai perkara itu, Wawa menjelaskan sasaran jualan keseluruhan ialah RM50 juta bagi tahun 2025.
“Boleh dikatakan kereta adalah hadiah paling besar pernah kami berikan sebab setiap tahun kami akan bawa kakitangan bercuti ke luar negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat.
“Setiap tahun saya dan Aeril memang mahu berikan yang terbaik untuk mereka dan insya-Allah tahun ini, kalau syarikat capai target jualan mungkin hadiah yang ditawarkan adalah sebuah rumah.
“Memang kami sudah berniat nak menghadiahkan sebuah rumah. Sebenarnya ini kejutan, kakitangan yang menang hari ini mereka tak tahu keputusan sebab saya mengupah pengurus acara dari luar untuk menjayakan majlis ini.
“Alhamdulillah jumlah jualan keseluruhan tahun 2024 sama seperti tahun sebelumnya iaitu sekitar RM30 juta ke atas.
“Bagaimanapun kami bersyukur kerana kita masih boleh bertahan meski pelbagai cabaran yang dihadapi. Insya-Allah target tahun ini, kita akan mulakan misi untuk capai jualan sekitar RM50 juta,” katanya lagi.
Pada majlis sama, Wawa Cosmetics turut meraikan penjual semula (reseller) yang berjaya mencapai jualan keseluruhan bagi tahun 2024, seperti penghargaan berupa wang tunai dan pakej percutian ke Jepun.
Turut memeriahkan majlis adalah persembahan tarian dan nyanyian daripada kumpulan baharu, Boisover.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI