Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin mewakili warga kerja stesen radio berkenaan menyatakan rasa terharu dan terima kasihnya susulan kejayaan Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang minggu lalu.
Menarik lebih 6,000 penonton, konsert yang bermula sekitar jam 2.00 petang itu turut disokong dengan 150,000 jumlah tontonan di seluruh platform digital Suria.
“Sejujurnya, kami berasa sangat teruja dan menzahirkan rasa syukur dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh pengunjung di Pantai Timur khususnya di Kuantan dan lebih istimewa lagi turut menyaksikan kehadiran pendengar yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
“Lebih terharu, apabila melihat pengunjung tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang duduk di barisan hadapan pentas.
“Ia sekaligus menjadi pembakar semangat buat kami, seluruh warga kerja yang ‘tidak ramai tapi kami ada’ untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik buat peminat pada lokasi akhir, sabtu ini,” katanya.
Ads
Terdahulu, konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan dari kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang.
Barisan artis yang membuat persembahan termasuk Ramlah Ram, Syamel, Ernie Zakri, Azan Scan, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Amir Masdi.
Turut sama terlibat ialah Floor88, Xpose band, Syameer Azmi, Zulhadi, Amad Fadlin, Tallisya, Heedan Mohd dan Danial Kifli.
Ads
Sementara itu, lokasi terakhir siri jelajah yang bakal dilangsungkan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya membariskan lebih 10 artis popular tanah air.
Antaranya seperti Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy), Newboyz, Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos dan Dolla.
Ads
Pelbagai tawaran hebat dijalankan sepanjang siri jelajah termasuk berpeluang menang sebuah motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4,000.
Tidak ketinggalan, sesi beramah mesra sekaligusmemenangi wang tunai dengan menyertai cabutan bertuah serta sesi soal jawab berkaitan Suria.
Penyampai radio, Nur Syafiza Iskandar Azizan atau Feeya Iskandar kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melahirkan anak ketiganya.
Lalu, bintang radio ini ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Sebagai seorang ibu, Feeya yang baru sahaja bersalin pada 11 Februari lalu mendedahkan dia gemar mencium bau bayinya.
Feeya berkongsi rakaman video l sedang mencium anak ketiga itu yang dirakam menerusi aplikasi TikTok.
“Selain bau ketiak pasangan, bau baby antara bau paling best kan? sape mcm ni jugak? sedap nya bau baby. Baby boss #manjaboost @hauraherbshq,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Selebriti popular Noor Neelofa akui terharu apabila ada rakan artis yang bukan Muslim turut hadir di dalam majlis ilmu, Hijrah Cinta yang dianjurkannya baru-baru ini.
Neelofa, 33, berkata, pelakon Jasmine Suraya hadir kerana dia ingin tahu mengenai Islam.
Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menambah, dia berbesar hati apabila pelakon itu menyuarakan hasrat untuk menyertai majlis ilmu yang diusahakan itu.
“Alhamdulillah rezeki dia berpeluang menghadiri majlis itu. Saya sendiri berbesar hati untuk menjemput dia. Rasa berbunga-bunga hati bila dia mahu sertai.
“Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya.
Antara barisan selebriti lain yang hadir seperti Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan ramai lagi.
Malah, bekas hos program MeleTop itu turut berhasrat untuk mengadakan majlis ilmu itu sebulan sekali.
“Saya ada pasukan di Pertubuhan Kasih Neelofa yang boleh membangunkan majlis dan memanggil ustaz atau ustazah dari dalam negara atau seberang. Jadi saya menggunakan mereka ini untuk menjayakan majlis khas buat selebriti.
“Itulah misi kami. Pada awalnya saya mengajak rakan selebriti dengan menghantar Whatsapp pada seorang demi seorang. Saya mahu mereka rasa dekat dengan mereka. Habis saja satu majlis, mereka mahu datang majlis berikutnya. Jadi insya-Allah saya akan cuba buat majlis ini secara bulanan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, ada berkongsi mengenai keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Disebabkan itu, dia menghadiri majlis ilmu Hijrah Cinta yang diadakan Neelofa di mana menurutnya kehadiran itu sebenarnya dihadirinya secara senyap-senyap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah mengumumkan dia hamil anak pertama di laman Instagram, semalam.
Dia turut berkongsi foto imbasan ultrasound di laman IG.
Sementara di ruangan kapsyen, kelihatan Julia turut mengucapkan rasa syukur di atas anugerah zuriat dariNya.
“The most precious blessing that ALLAH SWt sent us in 2018. May He mould you as perfect as His most perfect creation little one,” tulisnya.
Di ruangan kapsyen kelihatan ibunya, serta beberapa selebriti seperti Alif Satar, Wan Sharmila, Nina Juren, Betty Rahmad dan ramai lagi mengucapkan tahniah kepada Julia.
Sebelum ini, Julia berkahwin dengan pilihan hatinya, Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada Julai tahun lalu dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga dan teman rapatnya.
Julia merupakan anak sulung Ziela bersama suaminya, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang meninggal dunia kerana kanser prostat pada Januari 2008.
Foto/Instagram: Puteri Julia Nabilah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi memohon netizen di Malaysia dan Indonesia untuk berhenti berbalah terutamanya bila melibat soal kebudayaan di negara masing-masing.