Belum surut lagi cerita tentang pelakon wanita, Zara Zya yang dituduh membuat pembedahan wajah menerusi sebuah akaun Instagram palsu. Kini timbul pula cerita aktres ini dilabel sebagai wanita jahat hanya kerana dia mewarnakan rambutnya.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Zara menerusi akaun Instagramnya yang menyatakan pihak yang melabelnya sebagai wanita jahat tiada hak untuk menentukan hidupnya dan juga hidup orang lain.

Zara Zya Dilabel Wanita Jahat Sebab Warna Rambut

“Sebab warna rambut, saya di label wanita jahat. Hurmmm kesian pada yg ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhuhu… bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur. Dan yg penting, awak tiada hak untuk tentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yg belum tentu lurus jalannya. Good night ?,” tulis kapsyennya.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Zara pula tertulis,

“Orang lain tak layak menilai diri kita, kerana mereka tak tau apa yang telah kita lalui. Susah senang pahit jerih sakit demam lapar dahaga kita, mereka tak pernah ambil tau. Tiba-tiba nak mengata kita macam-macam. Apa cerita?,” tulisan pada gambar yang dikongsinya.

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

IKLAN

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Zara, kadang-kala ada sesetengah pihak tidak mengerti dengan apa yang telah kita lalui dan dengan mudah mereka terus melemparkan kata-kata yang perit untuk hati kita terima.

Tidak semestinya dengan mewarnakan rambut, begitu mudah buat anda menilai seseorang itu jahat. Segala kebaikan itu datangnya daripada hati seseorang bukan pada luaran mereka.

Zara Zya Dilabel Wanita Jahat Sebab Warna Rambut

IKLAN

Zara Zya Dilabel Wanita Jahat Sebab Warna Rambut

Di ruangan komen Zara pula terlihat pengikut-pengikutnya memberikan kata-kata positif agar bersabar dengan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

haikalzol: Manusiakan sentiasa menyakiti, yg tak membunuh buatmu kebal sehari lagi.. Always support you sistor ! ?

IKLAN

rindecochannel: depa kata pahala mengunun adik tetap baik ??

wengvit81: Sabar jelah zara,yg penting kita tau apa yg kita lakukan☺☺☺

sylviaanthony7780: Pedulikn kata2 haters @zarazya setakat color rambut nk dijadikn isu..apa kes? ape dorang ti x citer lain ke nk buat..i ttp sokong u @zarazya but i suke color rambut bru u.. lbh menyerlah… ingat kalau seseorg tu rambut color org tu x elok perangai..jgn nilai seseorg dri rambut & pemakaian.. x knal maka x cinta kn..

Sumber: Instagram Zara Zya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI