Pelakon Zahirah Macwilson, 23, membuat penafian terhadap tuduhan bekas kekasihnya, Zul Ariffin, 31, yang mendakwa dia ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu aktor tersebut ketika di berada di dalam masjid.

Terdahulu menerusi sebuah temu bual, Zul ada memberitahu hubungan cintanya bersama aktres tersebut sudah pun menemui titik noktah malah mendakwa Zahirah ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif.

IKLAN

Memetik Astro Gempak, pelakon drama rantaian, Tak Ada Cinta Sepertimu itu nyata terkejut dengan kenyataan dibuat Zul. Zahirah turut meminta agar ditunjukkan bukti sekiranya benar dia berkelakuan sedemikian.

IKLAN

“Saya terkejut membaca kenyataan Zul. Fitnah semata-mata. Jika benar, kalau ada bukti, sila tunjukkan. Apa motif dia burukkan nama saya selepas membuat pengesahan yang kami sudah putus?

 

“Takkan saya tak ada perasaan? Takkan saya tak sensitif langsung? Saya pun ada mencium arwah ibunya. Agak-agaklah, saya bukannya bodoh sangat sehingga sanggup bertindak sebegitu.

 

“Memang saya ada di masjid ketika itu dan saya hadir bersama teman saya. Dia juga mengenali teman saya. Nak berkata tentang selfie, saya ada berswafoto dengan sepupu Zul, itu pun ketika di selesai malam tahlil. Bukan ketika berada di dalam masjid sewaktu jenazah ibunya masih ada.

 

“Selepas selesai kenduri, sepupunya ada meminta untuk mengambil selfie bersama saya, jadi saya turutkan sahaja,” kata Zahirah seperti yang dipetik Astro Gempak.

Serentak dengan penafian berkenaan, anak kepada pelakon senior Zainol Macwilson itu juga tidak faham dengan tindakan Zul yang dilihat seperti mahu memburukkan dirinya.

IKLAN

“Kami sudah tiada hubungan, benar, sudah lebih sebulan, dia juga mengatakan sudah memaafkan saya, tetapi kenapa perlu memburukkan saya? Kenapa nak tabur fitnah?

 

“Kami putus pun bukan atas sebab tersebut. Saya tak mahu membuka mulut kerana itu akan membuka aib sahaja. Saya tak mahu burukkan sesiapa. Biarkanlah dia, saya hanya akan berdiam sahaja dan tak mahu berbicara lagi mengenai perkara ini.

 

“Apa yang berlalu, biar berlalu kerana saya mahu terus maju memandang apa yang ada di hadapan serta memberikan fokus kepada karier selepas ini,” akhirinya. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI