MH pasti ramai ternanti-nanti episod seterusnya drama Tak ada Cinta Sepertimu yang sedang ditayangkan di televisyen sekarang ini.

Tak dapat dinafikan jalan cerita serta gandingan barisan pelakon dalam drama ini benar-benar menambat hati penonton.

Lebih-lebih lagi apabila hero dan heroin drama ini, Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson yang sememangnya terkenal dengan lakonan hebat masing-masing.

IKLAN

Zahirah MacWilson Akui Selesa Berlakon Dengan Syafiq Kyle

Menurut kenyataan Zahirah kepada sebuah portal hiburan, dia mengakui selesa bekerjasama dengan Syafiq walaupun ini merupakan kali pertama merka bergandingan bersama.

IKLAN

“Ini merupakan gandingan sulung saya bersama Syafiq dalam sebuah drama bersiri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

 

“Keserasian itu kami dapat dengan cepat. Dia sangat profesional dan memberikan komitmen terhadap kerjayanya. Saya selesa berlakon disamping Syafiq dan berharap penonton dapat merasakan apa yang kami cuba sampaikan,” katanya kepada Astro Gempak.

Zahirah MacWilson Akui Selesa Berlakon Dengan Syafiq Kyle

Dalam pada itu, Zahirah juga berkata drama ini juga merupakan kali pertama dia bergandingan dengan ayahnya sendiri iaitu pelakon, Zainol Macwilson.

IKLAN

“Tak Ada Cinta Sepertimu juga menjadi drama bersiri pertama saya bergandingan dengan ayah. Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira kerana dapat berlakon dengan ayah sendiri dan perkara tersebut memudahkan saya untuk menjayakan watak Athea,” katanya.

Pelakon cantik ini juga berkata, ayahnya banyak membantu dirinya untuk menjayakan watak-watak yang sukar dan memerlukan penguasaan emosi.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI