Bersempena dengan Minggu Fesyen New York, Neelofa yang turut berkesempatan menjadi tetamu, seterusnya menonton beberapa siri pertunjukan fesyen mewah di sana.
Malah, Neelofa sempat mencuba beberapa persalinan dari jenama terkenal dunia, termasuk busana dari Tommy Hilfiger.
Bagaimanapun, sesi ‘fitting’ bertukar menjadi suatu situasi yang penuh makna apabila hos MeleTop itu bertemu empat mata dengan Tommy Hilfiger sendiri ketika sesi ‘fitting’ berlangsung.
“You look great,” komen pereka tersebut saat pertama kali bersua sama Neelofa.
“Ketika sesi fitting berlangsung, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang telah saya cuba.
Ads
“Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama.
“Team Tommy Hilfiger juga sangat membantu ketika proses fitting. Mereka juga sangat natural ketika menggayakan hijab untuk saya,” kata Neelofa.
Ads
Sempat merakam beberapa foto kandid, usahawan berjaya ini juga memaklumkan dirinya turut menggemari kebanyakan busana yang ada dalam koleksi terkini pereka terkenal itu.
“Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual.
“Jadi, saya boleh melihat diri saya ini menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,” kata Neelofa yang turut menyukai barisan persalinan baju panas dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger.
Kekal menjadi antara jenama fesyen pilihan sejak awal 90-an hingga kini, jenama terbabit juga pernah menjalin kerjasama bersama beberap bintang terkenal dunia seperti Gigi Hadid dan Zendaya.
Bekas pelakon yang kini bergelar usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Baginya, ia adalah sebagai satu kepuasan diri sendiri dan mahu mengisi masa terluang dengan melalukan perkara berfaedah.
Malah, ketika ini Rebecca bakal memasuki semester kedua.
“Saya buat benda ini (sambung belajar) adalah untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan kerana saya juga seorang usahawan dan mempunyai produk sendiri.
“Dalam masa sama, ia juga untuk mendorong anak-anak saya untuk minat belajar dan sekurang-kurangnya mereka menceburi bidang perniagaan,” kata Rebecca ketika dihubungi MH.
Bijak membahagikan masa antara pelajaran, keluarga dan perniagaan, bintang berusia 33 tahun ini tidak berhenti berdoa agar segala urusannya dipermudahkan Allah.
“Kalau nak ikutkan masa, memang sentiasa tak cukup, tapi alhamdulillah, Allah banyak tolong permudahkan segalanya menjadi lebih lancar dan teratur.
“Saya juga berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang ‘super woman’ dari aspek seorang ibu, wanita bekerjaya dalam perniagaan dan seorang pelajar di UUM.
“Ini juga adalah atas sokongan dan dorongan semua pensyarah dan rakan-rakan universiti, keluarga, suami,anak-anak,” kongsi Rebecca yang bakal menduduki peperiksaan akhir (final exam) pada bulan depan.
Dalam pada itu, Rebecca bersyukur kerana dianugerahkan suami yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buatnya.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab kurniakan seorang suami yang sentiasa memberi sokongan, kata-kata postif dan banyak mengajar saya.
“Dia juga adalah teman hidup saya di dunia ini dan semoga Allah temukan kami di syurga,” luah Rebecca.
Imbas kembali, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel,11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun, Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, 1 tahun.
Di samping itu, Rebecca memiliki dua orang anak tiri iaitu Nor Arif Qayyum 23 tahun, Nor Khayrin Sofiya, 17 tahun dan anak Anugerah Nor Aurora Riana Norazam, 10 bulan.
Persembahan teater Pawana Isabella yang mendapat sambutan hebat penonton di Istana Budaya bulan lalu dan bakal disambung persembahannya pada 13 hingga 16 September ini bersempena dengan Hari Malaysia.
Karya teater pengarah prolifik, Eirma Fatima itu yang telah pun dipentaskan pada 21 Ogos sehingga 31 Ogos lalu membariskan aksi para pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Janna Nick , Azar Azmi , Dato Afdlin Shauki dan Johan Raja Lawak.
Persembahan tambahan selama 4 hari itu secara tidak langsung memberi peluang kepada para peminat dan penyokong teater tempatan yang belum berkesempatan mendapatkan tiket persembahan sebelum ini.
Pawana Isabella akan membawa penonton ke suatu perjalanan yang bertemakan magis, menceritakan kisah keunggulan serta kejatuhan kerajaan Malayu Aksara di bawah naungan Raja Pawana dan Permaisuri Isabella.
Negara Aksara merupakan sebuah negara yang rakyatnya hidup di dalam keselesaan dan kemewahan namun mereka tidak pernah berasa syukur.
Tidak dinafikan, untuk memiliki sebuah rumah tangga yang bahagia bukan satu perkara yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam diri.
Beberapa hari lalu, pelakon Nora Danish ada berkongsi satu rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, bintang drama bersiri Puteri itu telah mengimbau kembali kenangan dia bersama suaminya, Bossned kira-kira 5 tahun yang lalu.
“NENO 5 years ago! Haaa terbukti I kenal u Lebih sekarang !!!omg I miss this!!! He teman me masuk studio terus kena terjah !! Hahha!,” tulinsya.
Lantas, peminat berasa terhibur apabila melihat gelagat Nora bersama suaminya yang menghiburkan.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Bossned atau nama sebenarnya Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Video : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.