“Yes! Thats My Sister, I Love You,” – Uqasha Bangga Raysha Rizrose Tonjol Kebolehan Menyanyi 12 Lagu Finalis AJL35

Pelakon Raysha Rizrose ada memuat naik satu klip pendek rakaman muzik video dia bersama rakan artis lain yang menyanyikan 12 lagu yang bakal bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).

Selain Rasyha, turut sama tampil menyumbangkan suara ialah penyanyi Azmi Saat, Dean Eiman dan Hannah Delisha.

Aktres berusia 24 tahun optimis lalu meluahkan rasa gembira dan syukur atas peluang yang diberikan dan berharap peminat terhibur menonton muzik video hasil kerjasama Valient Music itu.

Perkara tersebut dikongsikan Dewi Remaja 2015 ini menerusi satu posting di Instagram.

“AJL 35 medley. blessed to be given this opportunity. thank you @valientmusic. Pengalaman berkolaborasi dengan barisan penyanyi professional @hannahdelisha @azmi_saat @deaneiman.

“Hope you guys like it cause gosh ive been so anxious plus excited nak korang dengar! Let me know what you think!,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, kakak kepada Raysha iaitu pelakon Uqasha Senrose juga meluahkan rasa bangga dengan adiknya yang turut berkebolehan dalam bidang nyanyian.

“MasyAllah so proud of you my sister dada sayang. @raysharizrose. Yes! thats my sister, i love you dada,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Selain Uqasha, peminat turut memberikan komen positif selepas menonton perkongsian tersebut dan rata-ratanya turut memuji penampilan Raysha bersama artis lain.

IKLAN

Versi penuhnya boleh ditonton menerusi YouTube dan sehingga kini ia sudah pun ditonton lebih 200,000 kali.

AJL35 bakal bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 Mac depan di TV3.

Foto: Instagram Raysha Rizrose