Pendakwah dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir golongan lelaki yang gemar menghantar komen-komen berbaur lucah di akaun media sosial milik penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan.

Menurut PU Rahmat, kelakukan mereka ini boleh disifatkan amat keterlaluan terutamanya buat mereka yang telah pun berumah tangga.

Malu Lihat Komen Gatal Di IG Elizabeth Tan, Ini Teguran PU Rahmat Buat  Lelaki Miang – “Ada Komentar Lucah Dari Kalangan Suami Berpangkat Ayah.”Katanya lagi, sebagai seorang lelaki, kita hendaklah sentiasa menjaga pandangan kerana satu hari nanti kita juga akan berkeluarga dan berkemungkinan besar turut akan dikurniakan anak perempuan.

“Sudah melampau kiranya saya lihat komentar lelaki muslim di Page Saudari Elizabeth Tan. Lebih parah ada kalangan memberi komentar lucah daripada kalangan suami orang berpangkat seorang ayah.

IKLAN

“1) Wahai suami, labuhkanlah pandangan mata daripada memandang aurat selain daripada isteri anda yang halal. 2) Sukakah kita anak perempuan kita kelak diberi komentar lucah?

Teguran tersebut disuarakan oleh PU Rahmat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Malu Lihat Komen Gatal Di IG Elizabeth Tan, Ini Teguran PU Rahmat Buat  Lelaki Miang – “Ada Komentar Lucah Dari Kalangan Suami Berpangkat Ayah.”

IKLAN

Sementara itu, PU Rahmat turut menyarankan agar Elizabeth dapat mengurangkan posting-posting yang boleh mengundang komen-komen negatif meskipun dia mengetahui bukanlah haknya untuk menegur mengenai perihal tersebut.

“Dan yang terakhir , saudari Elizabeth Tan. Saya tiada hak untuk menasihati anda tetapi saya percaya awak tidak berniat buruk dalam setiap posting.

“Hanya jika dapat kurangkan posting yang menjemput komentar daripada lelaki bermata miang itu lebih baik.

IKLAN

“Wanita itu terlalu mahal harganya dan tinggi martabat. Wanita bukanlah objek nafsu tetapi wanita adalah lambang kekuatan dan keindahan yang beradab susila. SELAMAT HARI WANITA,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa yang sama selain turut berharap agar teguran PU Rahmat ini dapat membuka hati individu-individu yang terlibat.

Malu Lihat Komen Gatal Di IG Elizabeth Tan, Ini Teguran PU Rahmat Buat  Lelaki Miang – “Ada Komentar Lucah Dari Kalangan Suami Berpangkat Ayah.” Malu Lihat Komen Gatal Di IG Elizabeth Tan, Ini Teguran PU Rahmat Buat  Lelaki Miang – “Ada Komentar Lucah Dari Kalangan Suami Berpangkat Ayah.” Malu Lihat Komen Gatal Di IG Elizabeth Tan, Ini Teguran PU Rahmat Buat  Lelaki Miang – “Ada Komentar Lucah Dari Kalangan Suami Berpangkat Ayah.”

Sumber: Instagram Pu Rahmat Ikhsan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI