Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur kerana sudah berjaya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad meski apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya.

Jelas Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, dia gembira dengan apa yang dipersembahanlan menerusi lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.

“Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila Razali “Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila Razali

“Walaupun tak seperti yang saya rancangkan, tapi alhamdulillah selesai dan saya gembira dengan apa jua yang saya persembahkan pada malam ini (semalam),” katanya.

Nasib tidak berpihak kepada Nabila pada malam kemuncak anugerah muzik tahunan itu apabila dia ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu tersebut.

Meski pada awalnya dia dilihat berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan agak baik, namun situasi sebaliknya berlaku pada bahagian ‘verse’.

IKLAN

Menerusi video yang dikongsikan mStar, Nabila menyifatkan dia cuba memberikan yang terbaik selain memohon maaf buat yang mungkin kecewa dengan persembahannya itu.

“Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila Razali “Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila Razali “Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila Razali

“Saya rasa sudah cuba berikan yang terbaik dan saya sangat berharap kalian dapat emosi yang saya cuba sampaikan pada kalian semua.

“Mungkin saya ada kecewakan beberapa pihak di luar sana. Saya minta maaf tetapi saya memang cuba berikan yang terbaik untuk persembahkan lagu tersebut sebaik mungkin.

IKLAN

“Apa pun alhamdulillah dan terima kasih kepada Hael Husaini dan MFMF kerana Peluang Kedua berjaya sampai ke final. Ia sudah pun jadi saya pencapaian yang besar untuk saya dan kami semua,” katanya.

Terdahulu, insiden Nabila yang tergelincir daripada nota lagu sepatutnya sekali gus menjadi sensasi di media sosial, khasnya di Twitter.

Malah, para pengguna media sosial turut memberikan reaksi pelbagai terhadap persembahannya itu. Ada yang mengkritik, namun ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.

IKLAN

“Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila Razali

“Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila Razali “Mungkin Saya Ada Kecewakan Beberapa Pihak Di Luar Sana. Saya Minta Maaf, Tetapi…,” – Nabila RazaliSementara itu menerusi Instagram, bintang berusia 29 tahun ini turut meminta maaf kepada pencipta lagu tersebut.

“I’ve tried my very best… I’m so sorry @haelhusaini @wearemfmf,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sumber, Foto: YouTube mStar, TV3 Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI