Enggan kisah lama berulang kembali, Uqasha Senrose mengambil pendekatan berdiam diri mengenai hubungan cintanya dengan Hefny Sahad.

Dalam diam, pasangan sejoli ini sudahpun menjalinkan hubungan cinta, sejak setahun lalu.

“Sebenarnya, kami dah kenal dan berkawan rapat, sejak empat tahun lalu.

 

“Tapi, kami hanya bercinta mulai setahun lalu.

 

“Yes, dia adalah kekasih hati dan teman istimewa saya,” katanya pada Media Hiburan.

Mengulas lanjut, pelakon berusia 25 tahun ini memberitahu, sikap jual mahal Hefny membuatkannya terpikat dengan jejaka tersebut.

IKLAN

“Kalau nak tahu, awalnya, saya yang suka dia. Sebelum ni, saya tak pernah macam ni, tapi saya tak tahu kenapa. Saya tak tahu nak explain macam mana.

 

“Malah, saya juga yang approach dia, tapi boleh pula dia jual mahal, sampai saya rasa nak give up pun ada (ketawa),” katanya.

Tambahnya, Hefny juga merupakan seorang lelaki yang baik sekali gus mempunyai sifat family man.

IKLAN

“Saya lihat dia bersungguh-sungguh, ada dengan saya setiap kali saya up & down, tak pernah menghukum baik buruk saya malah selalu letak asas kepercayaan dalam hubungan kami.

 

“Dia juga bukan seorang yang mudah cemburu, saya rasa saya yang kuat jelous dari dia. Itulah perangai dia sepanjang kami berkawan. Tak pernah berubah.

 

“Dia juga bukan setakat pandai ambil hati saya tapi juga family saya. Malah, family saya pun senang dengan dia,” katanya.

Ketika ditanya perancangan untuk ke fasa seterusnya, Uqasha mengakui perancangan untuk mendirikan rumah tangga sudah ada.

IKLAN

“Biasalah, kalau dah berkawan, mestilah kita merancang ke arah itu.

 

“Family kami pun OK. Siap pesan, kalau dah jodoh baik dihalalkan saja. Sebab tu, kalau boleh nak cepat-cepatkan.

 

“Tapi, saya tak boleh nak beritahu bila atau apa sebab takut kalau tak jadi pula nanti. Kalau ada, kami akan maklumkan kepada semua pihak nanti,” katanya sambil tersenyum.

Teks Oleh: Ayu Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI