Yazit Search Masuk Hospital Di Brunei

Pemain dram popular Yazit Ahmad yang juga bekas pemain dram kumpulan Search, tidak dibenarkan menaiki pesawat di Bandar Seri Begawan, Brunei untuk pulang ke Kuala Lumpur semalam kerana uzur.

Isteri kepada Yazit Ahmad, Ramlah Mat memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya itu agar dapat kembali ke Malaysia segera.

Ramlah Mat juga berkata, keadaan kesihatan Yazit tiba-tiba merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada Isnin lalu selepas empat hari berada di negara tersebut.

Berikutan itu, pemain dram lagenda itu gagal untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei selepas dilarang menaiki pesawat. 

IKLAN

Mereka berada di Brunei itu sejak Jumaat lalu berikutan Yazit diundang sebagai juri dalam satu pertandingan nyanyian.

“Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Tambah Ramlah, suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput.

Namun, walaupun keadaannya semakin stabil dia masih belum dibenarkan keluar dari hospital dan pulang ke Malaysia kerana masih perlu dipantau doktor.

Yazit berkata, walaupun sudah dibenarkan pulang ke Malaysia nanti, dia masih perlu dikuarantin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Memandangkan saya menjalani dialisis di luar negara luar, saya perlu menjalani kuarantin selama beberapa bulan di Malaysia. Ia bagi mengelak berlaku sebarang jangkitan lain,” katanya.” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pada Julai 2015, Yazid pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang dan jantung.

IKLAN

Sumber: Harian Metro

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]