Selebriti popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil mengenang kisah sensasi yang pernah membabitkan penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin sebelum ini.
Perkara itu dikongsikan Aznil menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di Insta Stories miliknya.
Difahamkan, sebelum ini ada segelintir warganet yang seolah-olah memberikan kata-kata negatif kepada arwah dan suaminya, berhubung perkara tersebut.
Ads
Lalu, Aznil menasihati semha untuk sentiasa menjaga pertuturan dan tidak bercakap buruk kepada orang lain seterusnya mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.
“Yang pernah kutuk dan fitnah sarah masa kes macau scam aritu sekarang faham tak erti satu kemaafan? Dan faham tak erti kelewatan meminta maaf?
Ads
“Tu sebab jangan bercakap dari mula-mula. Diam lebih baik. Hanya Sarah yang boleh maafkan kamu. Sekarang orang yang nak memaafkan kamu sudah tiada? Allah tak boleh maafkan kamu.
Ads
“Oleh itu, berhenti lakukan pada orang lain selepas ini,” tulisnya.
Penyanyi baharu, Ahmad Adly memberitahu akan lebih berhati-hati dan berwaspada dengan setiap perkongsian di laman media sosial miliknya.
Ini kerana, isu kontrovesi foto seksi yang melibatkan dirinynya baru-baru ini telah memberi satu pengajaran, apatah lagi sebagai penyanyi yang baru mula berkecimpung dalam dunia nyanyian.
Malah, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) ini menambah, hal tersebut mampu menjejaskan imejnya sebagai penyanyi.
“Selepas perkara tersebut berlaku, saya memang akan lebih berhati-hati untuk berkongsi apa sahaja di laman media sosial saya, supaya tidak ada lagi situasi seperti ini akan berlaku.
“Jadi lepas ni saya kena bersikap lebih peka dengan perkara yang mungkin sensitif kepada orang ramai. Setakat ini semuanya okay sahaja,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi berusia 21 tahun ini memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut dan telah pun membuat permohonan maaf kepada umum menerusi akaun Instagram miliknya awal Ogos lalu.
“Sebenarnya pada hari kejadian, saya ada pergi ke rumah kawan untuk satu sesi fotografi untuk satu produk baju ni… dan di rumah dia tu ada kolam renang.
“Sejujurnya saya memang tidak merancang untuk mandi kolam pada waktu itu, saya datang pun sehelai sepinggang. Jadi ada yang ambil gambar saya.
“Saya tengok kualiti gambar itu memang terbaik jadi saya pun kongsikan di akaun Instagram, tapi tak sangka benda ini boleh jadi isu,” terang Adly.
Bintang ini berkata demikian menerusi sidang media yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Adly baru sahaja tampil single, Nota Hasratku hasil ciptaannya sendiri bersama komposer dan penulis lirik Nuriman, Yonnyboi dan Mas Dewangga.
Menurut Adly yang sudah memulakan karier seni nyanyian pada tahun 2017 itu, lagu berkenaan menjadi single ketiganya dan apa yang dirasainya itu diterjemah kedalam lirik lagu ini.
“Seperti mana yang kita semua tahu pelbagai dugaan yang dihadapi sampai ada yang terganggu emosi sampai sanggup membunuh diri. Semuanya kerana tekanan dihadapi sehingga ada yang tidak mampu melaluinya lagi.
“Tapi di sebalik ujian dan dugaan percayalah ada sinar juga menanti. Anda tidak keseorangan dalam menghadapinya memandangkan masih ramai yang mahu membantu.
“Jadi, jangan sesekali bersendirian dan carilah jalan untuk keluar daripada masalah tersebut,” katanya lagi.
Nota Hasratku telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital dan YouTube Indigital Music, sejak 6 Ogos lalu.
Foto: Instagram Ahmad Adly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti sedia maklum, industri hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi, Siti Sarah Raissudin yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, pada jam 5.13 pagi.
Ramai selebriti menitipkan dedikasi serta penghormatan terakhir serta doa buat rakan seindustri.
Penyanyi, Datin Alyah misalnya turut terkesan atas pemergiaan arwah yang sinonim dengan lagu berjudul Kesetiaan itu.
Pelantun lagu Thank You Allah ini berkongsi tangkap layar berupa perbualan terakhir ‘direct message’ (DM) bersama arwah bertarikhJulai lalu di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, Sarah telah menghadiahkan tudung atas jenamanya buat isteri Datuk Ramli MS itu.
“Si pemberi tudung yg baik hati Hari ni kami kehilangan kau buat selama lamanya. Inalillahiwainailahirajioun
“Selamat jalan sarah semoga berjumpa di sana wahai bidadari. Al fatehah,” tulisnya.
Terdahulu, Sarah sekeluarga telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Selepas itu, Sarah telah dikejarkan ke HUKM selepas tahap oksigen dalam tubuh badan menurun pada petang Rabu.
Kemudian, dia terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.
Pada Jumaat bertarikh 6 Ogos, Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Sekadar informasi, Sarah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut mempunyai empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pra-matang pada usia 7 bulan.
Foto: Instagram Alyah, Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Feeya Iskandar berkongsi memori bersama teman artis, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi mengadap Illahi pagi Isnin.
Menurut Feeya atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah, dia mengenang kenangan bersama penyampai ketika itu, Shuib yang juga suami arwah.
“Saya pernah lepak sama-sama sebab dulu Shuib satu tempat kerja dengan saya kan, masa kami sama-sama jadi penyampai radio untuk satu stesen radio sebelum ni.
“Saya selalu lepak dekat rumah Shuib jadi memang kenal dan rapat. Lepas tu saya masa Jelajah Suria FM dia pun ada sekali.
“Saya ingat lagi masa dia nyanyi lagu Semakin kat atas pentas, saya pun ada menyanyi sekali dengan dia,” katanya.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Suria FM itu, Cik Piah menyifatkan pengakhiran hidup arwah sangat dicemburui ramai, termasuk dirinya.
Cik Piah berpendapat, pemergian arwah Sarah membuka mata ramai pihak untuk sentiasa menjaga diri, lebih-lebih lagi pada situasi semasa kini.
“Sebenarnya pemergian dia sangat dicemburui ramai orang termasuk dengan diri saya sendiri. Semasa hayat dia ada sahaja orang yang tak senang dengan dia, ada yang kata nak tunjuk kaya lah apa lah.
“Tapi bila dia pergi ramai yang sedih, buka mata dan sedar betapa baiknya peribadi Siti Sarah ini.
“Mungkin masa hayat kita orang benci kita tapi di pengakhiran hidup kita yang macam mana itu lagi penting. Pemergian Siti Sarah ini telah membuka mata kita semua untuk kita sedar bahawa Covid-19 ini benar, bukan benda yang main-main.
“Jadi benda ini sebagai satu pengajaran untuk kita semua supaya sentiasa jaga diri ,” katanya lagi.
Pengacara dan penyampai radio, Radin selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Nur Amirah Shamsulbahrin dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills Private Event Estate & Lifestyle Suites, Ampang, Selangor.