Perkongsian foto daripada penyanyi, Hafiz Suip menerusi entri terkini di Instagram mencuri perhatian peminat.

Menerusi ruangan kapsyen, penyanyi asal Sarawak itu antara lain membuat permohonan maaf andai dirinya ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.

“Yang Ada Dendam Tersimpan Selama Ini, Maafkan Saya,” – Takut Azab Selepas Mati, Posting Hafiz Suip Curi Perhatian “Yang Ada Dendam Tersimpan Selama Ini, Maafkan Saya,” – Takut Azab Selepas Mati, Posting Hafiz Suip Curi Perhatian

Jelas Hafiz, kehidupan sebagai seorang manusia ini amat singkat dan dia amat takut dengan azab yang bakal diterimanya nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

“Assalamualaikum wbt nama saya Mohd Hafiz Bin Mohd Suip well known as hafizsuip in this world (bukan semua kenal pun).

“But hafizsuip really sorry for what he had done to you gaiss if let say kecik hati, tersalah cakap, dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini maafkan saya.

IKLAN

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng..tapi hakikatnya saya takut Azab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan dihisab,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hafiz turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak meletakkan kebergantungan kepda manusia sebaliknya berilah sepenuh pengharapan kepada Allah SWT.

“Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5min ja..ada masalah 2 rakaat mintak ngan Allah itu ja…jangan harapkan makhluk.

“Maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia jugak..InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” jelasnya lagi.

IKLAN

“Yang Ada Dendam Tersimpan Selama Ini, Maafkan Saya,” – Takut Azab Selepas Mati, Posting Hafiz Suip Curi Perhatian “Yang Ada Dendam Tersimpan Selama Ini, Maafkan Saya,” – Takut Azab Selepas Mati, Posting Hafiz Suip Curi Perhatian

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh selain turut mendoakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Hafiz serta keluarganya.

“Semoga terus beri manfaat bang. Tiada daya dan upaya melainkan diriNya.

“Awak budak baik. Mesti ramai yang doakan awak. Moga awak dengan family dilindungi dan diberkati Allah SWT.

IKLAN

“Dari AF saya antara salah seorang peminat awak. Kami semua doakan yang baik-baik untuk awak. Sebab awak orang yang baik dan tak sombong. Semoga awak terus dirahmati Allah SWT,” antara komen-komen netizen di ruangan komen.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Yang Ada Dendam Tersimpan Selama Ini, Maafkan Saya,” – Takut Azab Selepas Mati, Posting Hafiz Suip Curi Perhatian

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Hafiz Suip

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI