Bekas pengasuh anak penyanyi terkenal Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit memaklumkan berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak pertama.

Perkara tersebut dikongsikan Dayah menerusi IG TV di Instagram yang mana video tersebut antara lain memaparkan momen reaksi si suami yang menyentuh hati sejurus mengetahui akan kehamilannya.

“Ya Allah Peliharalah Anakku Selama Dia Berada Dalam Rahimku…,” – Tahniah! Pengasuh Aafiyah Hamil Anak Pertama

“Ya Allah Peliharalah Anakku Selama Dia Berada Dalam Rahimku…,” – Tahniah! Pengasuh Aafiyah Hamil Anak PertamaMengakui sama menyimpan video tersebut sebagai suatu yang istimewa, Dayah turut menitipkan doa, moga-moga anak yang dikandung berada dalam keadaan baik.

“Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada dalam rahimku, sihatkanlah dia. Lindungilah dia & jauhkanlah dia daripda sebarang perkara yg tidak diingini.

“Sesungguhnya engkaulah yg maha menyembuhkan. Tiada penyembuhan selain penawarMu.

IKLAN

“Ya Allah, jadikanlah anak dalam kandunganku ini anak yg soleh solehah, sihat sempurna akal fikiran, cerdik, beriman, berakal & beramal soleh.

“Fasihkan lidahnya untuk membaca AlQuran & hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW & segala puji bagiMu Ya Allah,” tulisnya pada ruangan komen bersama hashtag #RHjuniorcomingsoon#doakanyangbaikbaik.

“Ya Allah Peliharalah Anakku Selama Dia Berada Dalam Rahimku…,” – Tahniah! Pengasuh Aafiyah Hamil Anak Pertama “Ya Allah Peliharalah Anakku Selama Dia Berada Dalam Rahimku…,” – Tahniah! Pengasuh Aafiyah Hamil Anak Pertama “Ya Allah Peliharalah Anakku Selama Dia Berada Dalam Rahimku…,” – Tahniah! Pengasuh Aafiyah Hamil Anak Pertama “Ya Allah Peliharalah Anakku Selama Dia Berada Dalam Rahimku…,” – Tahniah! Pengasuh Aafiyah Hamil Anak Pertama

IKLAN

Serentak dengan perkongsian tersebut, ramai yang turut sama gembira termasuk Siti yang menitipkan ucapan tahniah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MT11 🐝 (@dayahzubit)

Dayah Zubit sebelum ini menjadi perhatian peminat bintang berkenaan kerana dia antara individu kepercayaan dalam mengasuh anak sulung Siti dan suaminya, Datuk Khalid seawal kelahiran Aafiyah.

IKLAN

Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, Dayah tidak lagi menjadi pengasuh kerana tinggal bersama dengan suaminya, Mohammad Ridzuan Razali di Terengganu yang merupakan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II.

“Ya Allah Peliharalah Anakku Selama Dia Berada Dalam Rahimku…,” – Tahniah! Pengasuh Aafiyah Hamil Anak Pertama

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan.

Foto: Instagram Dayah Zubit

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI