Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor mendedahkan dirinya mempunyai dua komitmen kerja di Johor minggu ini.

Bagaimanapun, menerusi satu status yang dilayangkannya di Twitter, bintang tersebut memberi bayangan seolah-olah komitmen tersebut tidak dapat ditunaikan.

Bagaimanapun, puncanya tidak dijelaskan secara terperinci oleh Adibah meski ada yang mengaitkan ia dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya bermula tengah malam ini.

“YA ALLAH…baru nak dapat kerja. Ada dua kerja di JB minggu ni.

“YA ALLAH..ALLAH..ALLAH…ALLAH..ALLAH..

IKLAN

“I AM SOOOOOOO MAAAAADDDDDDDDDDDD YA ALLAH.

“SOOO SOOOO SOOOOOOOO MAAAADDDDDDDDDD YA ALLAH… ALLAH… ALLAH…. ALLAH…,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Kampung People 2 ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang telah memberi kata semangat.

“Kepada yg berikata2 semangat, empathy serta beri idea atasi masalah… terima kasih banyak2.

“Semoga Allah balas jasa anda dengan seribu kali kebaikan.

IKLAN

“Kepada yg mempersenda, caci maki dan berpuas hati atas kesusahan org lain, saya doakan kalian tidak ditimpa apa2 kesusahan, ameen,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, perlaksanaan PKPB tersebut akan berkuatkuasa bermula 14 Oktober 2020.

Foto: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI