Tiada ibu bapa di dunia ini yang sanggup melihat anak mereka terpaksa menderita menanggung kesakitan. Pastinya hancur luluh hati mereka setiap kali mendengar tangisan daripada si anak yang menangis menahan sakit.

Baru-baru ini MH terlihat satu posting daripada sebuah akaun Instagram yang berkongsi satu gambar seorang bayi yang menghidapi penyakit Ekzema kritikal dan pada gambar tersebut juga terdapat status yang ditulis oleh bapa bayi tersebut.

Bapa bayi yang dikenali dengan nama, Danial Rayyan berkongsi kepada semua tentang penyakit anaknya dan dia memohon kepada semua untuk mendoakan anaknya untuk sembuh daripada penyakit tersebut kerana dia tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat anaknya menangis.

Wow, Nedim Nazri Taja Kos Rawatan 100% Bayi Hidap Ekzema Kritikal!

Mata MH kali ini tertumpu pada ruang komen dan MH dapati, suami kepada pelakon cantik, Nora Danish iaitu Nedim Nazri telah meninggalkan komen dan menyatakan hasratnya untuk membantu bayi ini dengan tajaan kos rawatan sepenuhnya.

IKLAN

Malah bukan sahaja kos rawatan sahaja yang akan ditanggung oleh Nedim, kos penerbangan dan tempat tinggal juga akan ditanggung oleh Nedim.

Wow, Nedim Nazri Taja Kos Rawatan 100% Bayi Hidap Ekzema Kritikal!

Subhanallah mulia sungguh hati Nedim yang sanggup menaja kesemua kos bagi membantu anak kecil ini sembuh daripada penyakitnya.

IKLAN

Rata-rata netizen juga turut berterima kasih dan terharu dengan sifat mulia Nedim membantu mereka yang dalam kesusahan.

Wow, Nedim Nazri Taja Kos Rawatan 100% Bayi Hidap Ekzema Kritikal!

Dalam pada itu menerusi akaun Twitter Nedim, dia mengucapkan terima kasih atas segala ucapan daripada netizen kepadanya.

IKLAN

Katanya lagi, dia akan lakukan yang terbaik untuk membantu bayi tersebut dan katanya dia bakal berjumpa dengan bayi tersebut serta keluarganya pada hari ini. Keesokan pagi pula jika tiada aral melintang, bayi tersebut akan berjumpa dengan doktor pakar kulit.

Wow, Nedim Nazri Taja Kos Rawatan 100% Bayi Hidap Ekzema Kritikal!

Apapun, MH doakan segala urusan merawat penyakit bayi ini dipermudahkan dan sifat murni Nedim dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah oleh ALLAH SWT.

Sumber: Instagram Lawak Ke Der & Twitter Nedim Nazri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI