Nampaknya lambakan artis-artis baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Namun tidak dinafikan ada segelintir daripada mereka punyai bakat yang cukup besar da nada juga yang hanya sekadar ingin dikenali.

Isu ini bukan sahaja timbul dikalangan peminat dan media masa, namun pelakon-pelakon senior turut membincangkan isu ini.

Jika dahulu Nabilla Huda ada meluahkan kebimbangannya terhadap pelakon baru yang diberi watak penting hanya kerana followers yang tinggi, kali ini pelakon Qi Razali juga turut membincangkan isu tentang pelakon zaman sekarang.

‘We Need More Bront, Betto, Nabilla Huda, Pekin…’ Qi Razali Isukan Kerisauan Tentang Dunia Lakonan Zaman Sekarang!

Menariknya, Qi kurang bersetuju sekirannya ada pelakon yang mengatakan dia hanya menjadi diri sendiri sepanjang berlakon kerana itu membuktikan seseorang itu tidak memahami konsep lakonan.

IKLAN

Tambahnya Malaysia kini ramai yang hanya mengejar populariti sahaja dan mahu nampak cantik sebaliknya tiada apa-apa ‘isi’.

Malah, Qi turut membertitahu industri memerlukan ‘lagi’ atau pelapis kepada pelakon seperti Bront Palare. Nabilla Huda, Pekin, Nad Nissa, Faizal Hussien, Datuk Farid Kamil, Maya Karin dan beberapa selebriti berkualiti yang lain.

IKLAN

Menurutnya, kesemua nama yang disebut ini merupakann pelakon hebat yang mampu memberi impak dan sesuatu perubahan apabila berlakon!

IKLAN

Malah, Qi sempat berkongsi pandangannya tentang filem sepet…

Hmmm, ada benarnya kata Qi, MH setuju! Buat pendatang baru, janganlah berkecil hati apa yang dinasihati oleh senior-senior, ambil segala teguran ini dan jadikannya sebagai pengajaran.

Inilah masa untuk perbaiki diri dan buktikan pada semua yang korang bukanlah masuk dalam industri hanya kerana ingin mengejar populariti!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI