Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Namun, tidak semua kisah berakhir dengan indah kerana ada kalanya, pasangan mungkin berubah atau menunjukkan sisi sebenar yang selama ini tersembunyi bila berumah tangga.
Begitulah kisah dalam drama Dia Bukan Syurga, yang menyentuh hati ramai penonton apabila memaparkan penderitaan watak Nuha, isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Suami yang sepatutnya menjadi pelindung, bertindak kejam menjadikan isteri sebagai ‘punching bag’ atas nama cinta.
Isteri yang menderita pula seringkali memilih untuk diam dan memaafkan, kerana percaya suatu hari nanti suaminya akan berubah.
Situasi ini amat dekat dengan realiti masyarakat dan itulah yang cuba disampaikan oleh drama tersebut.
Menurut pelakon utama, Ezzanie Jasny, yang memegang watak Nuha, dia menyedari karakter itu kini menjadi bualan ramai dan turut menerima pelbagai kecaman.
Ads
“Ketika ini, ramai yang tak kesiankan saya. Malah, mereka menganggap watak Nuha ini bodoh.
Motif drama ini adalah kami ingin menunjukkan kepada dunia luar bahawa ada hubungan yang toksik dan wanita yang didera secara mental dan fizikal.
“KIta tidak boleh menafikan, lelaki yang sebegitu memang wujud,” katanya kepada MH.
Mahu Wanita Sedar & Bangkit
Tambah Ezzanie lagi, dia berharap drama ini dapat membuka mata lebih ramai wanita agar sedar dan bangkit daripada hubungan yang toksik, bukan terus menjadi mangsa tanpa pembelaan.
Ads
“Kepada para wanita di luar sana, jika kita berada dalam hubungan yang toksik atau didera, kita kena cari jalan keluar dan penyelesaian.
“Kita tak boleh nak ubah orang lain. Saya tak kisah jika orang nak kata watak yang saya bawakan ini bodoh atau menunjukkan kaum wanita ini lemah.
“Kami mahu orang di luar sana mengambil iktibar dengan kisah ini. Apa yang wajar dibuat jika anda berada di situasi sama,” kongsinya lagi.
Mendukung watak sebagai mangsa dera buat pertama kali dalam kariernya, Ezzanie akui banyak cabaran yang dlilalui, termasuk adegan berat seperti ditampar, dipukul dan ditumbuk.
Ads
“Ini merupakan kali pertama saya membawa watak sebagai mangsa dera. Saya teruja dan tak sabar nak tengok apa selanjutnya.
“Watak saya memang agak berat tapi saya dapat bantuan daripada pengarah dan pelakon-pelakon lain.
“Paling berat ketika melakonkan babak dipukul, diheret, ditampar, ditumbuk dan banyak lagi.
“Bagaimanapun, Ia lebih membantu apabila saya juga pernah berada di situasi hubungan yang toksik sebelum ini. Cumanya saya tidak pernah dipukul,” akhirinya.
Jom usha Dia Bukan Syurga, setiap Isnin-Khamis, 10 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One & sooka.
Naskhah arahan arahan Rashid Sibir terbitan Radius One Sdn. Bhd. ini menampilkan barisan pelakon seperti Nizam Zaidi, Nazim Othman, Sharul Kamal, Syazuwan Hassan dan Dayana Roza.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Ezzanie Jasny
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor mendedahkan akan menerima seorang lagi menantu lelaki hari ini.
Menurut Rosyam, anak keduanya, Nur Anis, 26, akan dinikahkan dengan pilihan hatinya yang berusia 29 tahun di Kuala Lumpur.
“Anak saya (Anis) akan berkahwin hari ini di Kuala Lumpur.
“Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.
“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak bagus,” katanya kepada MH.
Terdahulu, bintang senior ini ditemui di majlis tayangan perdana filem Motif di e@Curve, Damansara pada Khamis.
Menurut pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin ini lagi, dia sejujurnya tidak mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup anaknya.
“Anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.
“Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan kini bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” seloroh Rosyam.
Terdahulu, selain Rosyam, filem Motif turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.
Filem arahan Nadiah Hamzah ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi akaun media sosial Instagram milik penyanyi Wany Hasrita ada berkongsi beberapa keping foto momen bersama peminatnya.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah memaklumkan bakal berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah, hari ini.
Selain itu, penyanyi berusia 27 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menunaikan ibadah umrah tahun ini.
“Assalamualaikum, pagi semua! InsyaAllah saya, ibu & famili akan berangkat mengerjakan umrah hari ni. Minta maaf salah silap wany ya!
“tak tahu nk gambarkan rasa dalam hati, azam tahun lepas dpt tunaikan tahun ni. Alhamdulillah, Allah sebaik perancang. Doakan perjalanan kami selamat pergi balik ya.,” tulisnya.
Pelakon, Nabila Huda mengakui berasa amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai kitab-kitab berkaitan agama.
Jelas Nabila, sehingga ke hari ini, dia sekeluarga telah pun hampir menghabiskan dua jenis kitab dan ketika ini dia berasa amat tidak sabar untuk melangkah ke kitab yang seterusnya.
“Kitab ke 2 dah nak khatam. By next week kami dah masuk kitab ke 3 , Bidayatul Hidayah.
“Saya bersyukur sangat dengan waktu percuma yang ada ni. Terlalu banyak sangat ilmu yang saya belajar! Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Diva Popular itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang anak ini turut menyifatkan segala yang berlaku ini adalah hikmah daripada dugaan yang dilalui oleh semua terutamanya ketika waktu pendamik ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga amalan tersebut akan diteruskan sampai bila-bila.
“Wahhhh abilll bestnya. Alhamdullilah, nanti keep sharing pasal buku ni tau.
“Tahniah Abil! Semoga ramai terinspirasi dengan Abil.
“MasyaAllah good job Abil, semoga Allah limpahkan rahmat Nya selalu buat Abil dan keluarga.
“Abil gak best. Tak kecoh-kecoh dengan numbers and feeling bored terkurung. But you usefull ur time kat rumah wisely, bermanfaat, top up ilmu. Ya, kita semua rasa sama but macam mana kita adapt and handling yang penting. Yang susah tetap kita tolong semampunya. Yang bored, pepandaila adjust bagi tak boring.
“Wahhh, alhamdulillah. I really like your effort,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Irfan Zaini, meluahkan rasa terkejut apabila dimaklumkan salah seorang peminatnya dikatakan telah dipukul hingga berdarah oleh individu lain yang didakwa terlalu fanatik.