Warnakan Rambut Seperti Unicorn, Stacy Dikecam

Terdahulu kecoh apabila Akim Ahmad berani tampil dengan imej rambut blonde dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikutnya di laman Instagram.

Kini, giliran isterinya pula, Stacy Anam atau nama islamnya Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam dikecam gara-gara mewarnakan rambut berwarna seperti Unicorn dan memuat naik di instagram miliknya.

Foto yang dimuatnaik ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Macam biasalah, ada yang menyokong tak kurang juga yang memberikan nasihat.

Ramai beranggapan imej tersebut adalah amat tidak sesuai buat ibu kepada Bella dan Eshaal. Ada juga netizen berkata Akim sebagai suami sepatutnya menjadi panduan kepada Stacy dengan mengajak ke arah perubahan yang baik.

IKLAN

Kebanyakan peminat yang gusar hati lantas menuduh Stacy tidak menjaga statusnya. Tak kurang juga mengutuk Stacy yang mewarna rambut anak perempuannya Eshaal yang masih kecil.

Tetapi sebenarnya, netizen telah terburu-buru mengutuk stacy tanpa membaca kapsyen yang ditulis digambar itu. Melalui kapsyen, Stacy katanya dia hanyalah menggunakan aplikasi menukar warna rambut, bukannya dia telah mewarna rambut.

IKLAN

“Morning. Nah x payah sudah kita pi saloon shal.. pakai apps ja? Tapi rambut eshaal x dapat full color sebab belum banyak hahahaha? Xpa la asal ada sikit kan shal hehehe..#beranganlebih. “

Bagaimanapun, ada peminat-peminatnya yang mempertahankan Stacy dan menjelaskan supaya membaca kapsyen terlebih dahulu sebelum menghentam dan Stacy.

Perkembangan lain, Stacy dan Akim dipilih sebagai duta produk makanan dan minuman, Yeo’s.