Anak Tunggal pasangan terkenal Aishwarya Rai dan Abishek Bachchan, Aaradhya Bachchan merupakan antara si cilik Bollywood yang menjadi perhatian. Kelibatnya mengundang mata jurufoto dan peminat yang tidak jemu mahu merakam gambar.

Dilahirkan pada 16 November 2011, Aaradhya hadir dalam kehidupan ibu bapanya selepas empat tahun usia perkahwinan mereka. Bakal menginjak usia 12 tahun penguhujung tahun ini, si cantik ini menjadi pendamping setia ibunya ke mana sahaja.

Warisi Kecantikan Aishwarya Rai, Aaradhya Bachchan Tampil Setinggi Ibu Pada Usia 12 Tahun

Salah satu penampilan rasmi bersama ibunya yang paling diingati adalah ketika menghadiri pembukaan Pusat Kebudayaan Nita Ambani pada Mac lalu. Aaradhya yang tampil hamper sama tinggi dengan ibunya biarpun masih kecil menarik perhatian ramai.

IKLAN

Memiliki mata yang galak dan stail rambut panjang hitam pekat sama seperti ibunya, Aaradhya ternyata mewarisi kecantikan Aishwarya yang merupakan bekas Miss World 1994. Bak kata pepatah ‘Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Bukan Ke Nasi’.

BACA JUGA: India Juara Miss Universe 2021. Ini 5 Pelakon Popular Bollywood Yang Pernah Bergelar Ratu Cantik Peringkat Antarabangsa

IKLAN
Warisi Kecantikan Aishwarya Rai, Aaradhya Bachchan Tampil Setinggi Ibu Pada Usia 12 Tahun
Bersama datuknya, Amitabh Bachchan.

Tahun lalu ketika menyambut hari kelahirannya yang ke-11, satu sambutan meriah telah diadakan bersama teman rapat dan kaum keluarga. Mengambil kesempatan menyatakan rasa sayang terkadap Aaradhya, Aishwarya memuat naik sekeping gambar di Instagram dengan kenyataan berbunyi, “My love, my life, I love you, my Aaradhya.”

Namun tidak semuanya indah apabila hidup sebagai anak orang terkenal. Populariti yang dikecapi sebagai waris keluarga seni prolifik India menjadikan dia subjek dalam laporan tabloid dan adakalanya berita tidak benar sengaja disensasikan bagi meraih bacaan dan tontonan.

IKLAN

Disebabkan perkara itu, pada awal tahun ini Aaradhya telah memfailkan saman kepada beberapa buah tabloid dan mengarahkan mereka untuk menurunkan semua berita dan video yang disiarkan mengenai dirinya.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI