Pelantun lagu Menahan Rindu yang kian meningkat naik namanya dalam industri seni tanah air, Wany Hasrita telah menerima ugutan bunuh menerusi beberapa komen dan mesej di laman instagram miliknya.

 “Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.

 

 “Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’.

 

 “Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.

 

 “Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia.

 

 “Akhirnya, saya langsung tidak melayan mesej dan komen peminat tersebut dan dia pun telah berhenti mengganggu saya,” katanya.

Wany juga mengatakan yang dia masih lagi mencuba untuk menyesuaikan diri dengan populariti yang sedang diterima olehnya semenjak lagu single pertamanya, Menahan Rindu mendapat sambutan yang hangat daripada peminat dan dia juga mahu mengambil langkah berhati-hati.

 “Saya menyedari impak lagu Menahan Rindu membuatkan nama saya lebih dikenali. Saya bersyukur dengan kurniaan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah.

 

 “Saya sedang menyesuaikan diri dengan apa yang terjadi sekarang. Saya juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap tindakan yang saya lakukan.

 

 “Apa yang penting, saya mahu berusaha dengan lebih kuat agar apa yang saya kecapi sekarang tidak bersifat sementara atau ‘one hit wonder’. Saya mahu lebih fokus dalam mencipta produk berkualiti agar apa yang saya sampaikan dapat diterima ramai,” ujarnya lagi. Wany Hasrita Terima Ugutan Bunuh

 Sumber: Astro Gempak

IKLAN

 Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

IKLAN

 Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=VtrdVQUkb2M&t=1s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI