Sekiranya lagu Berakhirlah Pencarianku layak ke Anugerah Juara Lagu ke-37, penyanyi gantiannya, Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq akan terus dikekalkan sebagai penyanyi yang akan menggalas tanggungjawab tersebut.

Menurut Wani, itu adalah perkara yang telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan dan label mereka sebelum ini.

“Jika lagu ini ada rezeki melangkah ke peringkat Anugerah Juara Lagu, kami diberitahu oleh pihak pengurusan yang kami akan tetap menggalas tanggungjawab untuk menyanyikan lagu ini.

“Dalam SAMM37 (Separuh Akhir Muzik-Muzik 37), kami diminta untuk menyanyi seperti versi asal.

“Jadi, untuk peringkat akhir, kalau ada rezeki, kami akan lakukan cara kami sendiri daripada segi gubahan muzik dan corak persembahan,” kata Wani kepada MH.

Wani ditemui pada hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Jumaat.

IKLAN

Berakhirlah Penantianku merupakan lagu nyanyian asal Ernie Zakri dan rakan duet, Hafiz Suip.

Sementara itu, Ahmad Syafiq mengakui dia ada merasa sedikit terganggu dengan komen-komen netizen namun dia melihat perkara itu daripada sudut positif agar ia tidak melunturkan semangatnya.

Wani Kayrie & Ahmad Syafiq Dah Beri Yang Terbaik; “Kalau Ada Rezeki Ke AJL, Kami Akan Lakukan Cara Kami….”

IKLAN

“Netizen mula memberi komen sejak seminggu lalu. Kami ada terbaca… Sepatutnya, kami tidak baca agar tidak rasa ‘down’.

“Namun, kami jadikan ia sebagai pembakar semangat dalam memberi komitmen terhadap persembahan kami,” katanya.

Selain Wani dan Syafiq, hari pertama SFMM37 turut menyaksikan 17 karya lain bertanding iaitu Cukup Derita Itu nyanyian Siti Nordiana; Hitam Saksi Putih (Haqiem Rusli); Perempuan (Jaclyn Victor) dan Kisah Hati Lara (Naqiu).

IKLAN

Turut bersaing Damba (Khai Bahar), Sempurna (Insomniacks), Takluk Cinta (Puteri Khareeza), Payung Pelangi (Noki & MK) dan Mainan (Naim Daniel).

Lagu lain Demi Kamu (Indah Ruhaila); Makuta (Hazama, Kmy Kmo & Luca); Berani (Dolla); Nang (Iman Troye); Kembali Terang (Marsha); Tak Sangka (Yonnyboii, Asyraf & Zynakal); Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos) dan Satu Malam Di Temasik (Joe Flizzow & Sonaone).

Esok, bakal berlangsung hari kedua SAMM37 menyaksikan 12 lagu bakal bertanding sekali gus pengumuman 12 lagu yang layak bertanding ke peringkat Anugerah Juara Lagu 37 yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI