Pelakon dan hos Scha Alyahya memuat naik foto lamanya sejurus selesai membuang undi dengan dengan jarinya yang masih ‘berdakwat biru’.
Menerusi Instagram, Scha memaklumkan sudah dua kali melakukan kewajipan mengundi di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia.
“I have voted twice, 2013 dan 2018. Why second pic? Sila zoom in. Esok InsyaAllah sekali lagi. Marilah,” tulis ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi ruangan kapsyen, pada Jumaat.
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini difahamkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elly merakamkan ucapan terima kasih kepada rumah produksi, Radius One dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin kerana telah menghantar buah tangan kepadanya di hospital.
“Thank you @radiusone_official @budakijat @fazli_radiusone sudi hantar bunga dan ambil berat. Terima kasih sangat-sangat,” tulisnya.
Pada masa sama, pengacara program Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) ini turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang perihatin terhadap keadaan kesihatannya itu.
“Terima kasih juga buat semua kesayangan yang mendoakan Kepom. InsyaAllah semuanya akan okay,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu tidak mengulas lanjut mengenai punca dia dimasukkan ke hospital.
Namun, terdapat juga segelintir pihak yang merasakan Elly terpaksa menerima rawatan di hospital disebabkan masalah kecederaan lutut yang dialaminya baru-baru ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Elly akan segera sembuh daripada penyakitnya itu.
“Ala, kenapa dengan sayang Faz ni? Syafakillah. Semoga lekas sembuh ya,” komen pelakon, Fazura.
“Get well soon Kepom. Ghisau daripada hari tu lagi. Rehat naa,” balas pengarah, Shahrulezad Mohameddin.
“Kak Lina, nanti GV pakai sandal atau sneakers puk tak mengapa. Kami tak kisah. Untuk kesembuhan kaki Kak Lina,” kata seorang netizen.
“Semoga cepat sembuh. Sunyi dunia hiburan tanpa Kak Lina. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya,” balas seorang lagi netizen.
“Saya doakan semoga Kak Lina dirahmati Allah dan diberikan kesembuhan, kekuatan, ketabahan, perlindungan dan dipermudahkan segala urusan,” komen netizen lagi.
Sebelum ini, Elly memaklumkan lututnya telah terseliuh ketika menjalani penggambaran bagi sebuah projek drama.
Malah, ketika mengacarakan konsert mimggu ke-7 GV9, Elly terpaksa menggunakan kerusi roda kerana pergerakan agak terbatas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Calon Gerakan Tanah Air (GTA) kerusi Parlimen Port Dickson, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri mahu membalas kepercayaan yang diberikan oleh Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan terus memberikan khidmat bakti terhadap kawasan yang bakal diwakilinya itu
Menurut Ahmad Idham, dia mahu memberikan lebih fokus terhadap gerak kerja bagi memenangi hati para pengundi berbanding hanya sekadar memberikan janji-janji semata-mata.
“Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya.
“Hari ini saya telah diberikan amanah yang besar sebagai calon P132 Parlimen Port Dickson oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad selaku Pengerusi Gerakan Tanah Air.
“Saya sentiasa berpegang kepada bicara gerak kerja lebih bermakna berbanding hanya ungkapan kata- kata,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tambah pelakon yang popular menerusi sitkom Spana Jaya ini lagi, tanggungjawabnya kini sudah jauh lebih besar dan bukan hanya memfokuskan kepada komuniti istimewa semata-mata.
Malah, dia juga mahu memperkasakan agenda meningkatkan tahap kehidupan penduduk di lokasi percutian popular itu jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Saya akan menggalas tanggungjawab ini dengan penuh kesungguhan untuk meneruskan gerak kerja yang telah saya mulakan dengan lebih luas bukan hanya menfokuskan kepada komuniti istimewa semata-mata.
“Sebaliknya turut menyasarkan kepada rakyat dan penduduk di Port Dickson secara keseluruhannya.
“Kestabilan ekonomi, penyelesaian permasalahan utama di sini, menggencarkan aktiviti pelancongan, penambahbaikan infrastruktur dan fasiliti awam serta menjadikan Port Dickson sebagai Hab Pendidikan Khas merupakan antara perjuangan utama yang sedang saya perjuangkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memanjatkan doa agar segala urusannya menjelang PRU ke-15 itu akan dipermudahkan.
“Semoga Allah swt memberikan kekuatan kepada saya untuk melaksanakan amanah ini dengan baik kepada masyarakat disini,” akhirinya.
Pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA, dua nama besar dunia seni iaitu Ahmad Idham dan Datuk Seri Eizlan Yusof telah menarik perhatian ramai pihak.
Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Bangsa masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
Selain dua selebriti itu, pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan selebriti media sosial, Norreen Iman percaya antara sebab namanya sering menjadi pilihan pengarah adalah kerana sifatnya yang tahu membawa diri ketika bekerja.
Menurut Norreen, meskipun kelakuannya agak berbeza ketika di media sosial, namun, dia juga faham ada kalanya dia harus menyesuaikan diri dengan keadaan.
“Kerjaya saya bermula sebagai seorang influencer. Saya selesa menjadi diri saya sendiri. Di sosial media memang nampak saya ini macam agak kasar tapi bila bekerja di dalam bidang ini, kita kena tahu bawa diri dan bezakan keadaan.
“Tak salah nak buat konten-konten viral untuk dikenali ramai tetapi anda perlu tahu untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Mungkin itu yang membuatkan saya mendapat tempat di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Norreen berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Cina Buta baru-baru ini.
Pada masa sama, Norreen turut menyeru kepada para selebriti media sosial untuk tidak merasakan diri mereka terlalu hebat sehingga sukar untuk didekati dan berkerjasama
“Macam inilah, kepada influencer-influencer di luar sana, jangan sombong boleh tak? Jangan bongkak dan takbur. Nama anda baru sahaja nak dikenali. Tuhan kalau nak tunjuk sekejap sahaja.
“Seperti saya pula, saya tak janggal untuk berhadapan dengan pihak media kerana saya tak pernah nak bersifat meninggi diri atau susah didekati hanya kerana saya seorang influencer.
“Bila bertemu dengan pihak media, kita kena pandai untuk beri kerjasama. Bukan semua situasi kita kena anggap macam kerja yang harus dibayar kerana anggap air liur kita mahal.
“Jangan kekwat dan sedar diri. Sila berpijak di bumi yang nyata,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai lakonannya di dalam drama Cina Buta, Norreen mendedahkan dia sendiri telah menghantar mesej peribadi kepada pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk berlakon dibawah arahannya satu ketika dahulu.
Lantaran itu, dia tidak menyangka impiannya itu akan menjadi kenyataan.
“Dulu saya selalu tonton drama arahan Abang Shahrulezad. Kemudian, ada satu ketika saya putuskan untuk buat muka tebal dan hantar dm di Instagram mengatakan saya teringin nak berlakon dengan beliau.
“Rezeki saya datang di drama Cina Buta ini. Mulanya saya tak tahu drama apa asalkan berlakon dengan Shahrulezad. Bila hari pertama di set, lutut saya terketar-ketar kerana terlalu nervous.
“Saya selalu tengok Ungku Ismail, Nad Zainal dan Azhan Rani ni di tv sahaja. Filem ini agak berat juga bagi saya kerana pengarah mahukan saya dan Anas untuk mewarnai drama ini dengan komedi,” akhirinya.
Terdahulu, Cina Buta mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi dan sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali yang ketiga.
Selain Norreen, drama ini turut membariskan ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.