Mulai fokus terhadap bisnes tudung, EveryDay KL yang diusahakannya sejak setahun lalu, Hanez Suraya mengakui fokus dan komitmennya kini hanyalah pada bidang perniagaan secara atas talian selain memberi perhatian sepenuhnya pada suami dan anak, Putri Aleesya,3 tahun.

Kongsinya kepada MH, meski terdetik rasa rindu untuk kembali ke set penggambaran, namun bintang berusia 32 tahun ini sebolehnya tidak mahu terburu-buru dalam melakukan comeback. Sebaliknya kata Hanez, biarlah bisnes tudung yang diusahakannya itu sukses terlebiuh dahulu sebelum memikirkan soal seni.

“Walaupun Kita Ni Isteri Orang, Tapi Kita Pun Nak Ada Kerjaya, Duit Poket Sendiri,”- Hanez Suraya

IKLAN

“Kali terakhir saya muncul di kaca tv lebih empat tahun lalu menerusi drama bersiri, Mr. Arrogant. Sejak itu, saya terpaksa tolak tawaran dengan cara baik demi menjaga status dan komitmen baru sebagai isteri. Jadi dalam mengisi masa terluang, saya melancarkan jenama tudung sendiri yang boleh didapati menerusi dalam talian. Kalau peminat mahu beli, boleh walk-in saja di Bangi dan Modvier, Bangsar.

 

 

“Yelah saya bermula sebagai seorang wanita yang independent. Sebelum berkahwin saya mencari rezeki dengan berlakon dan memang sudah terbiasa dengan rutin kerja. Jadi apabila anak kami sudah besar, saya terfikir untuk melakukan sesuatu untuk cari duit lebih. Walaupun kita ni isteri orang, tapi kita pun nak ada kerjjaya dan duit poket sendiri. Syukur sebab suami pun beri sokongan penuh terhadap bisnes yang saya usahakan,” kata Hanez ketika dihubungi MH.

Mengulas sama ada adakah dia sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas ini, Hanez bagaimanapun masih belum boleh memberikan jawapan konkrit.

“Walaupun Kita Ni Isteri Orang, Tapi Kita Pun Nak Ada Kerjaya, Duit Poket Sendiri,”- Hanez Suraya

IKLAN

“Tipulah kalau tak nak berlakon langsung. Dekat lima tahun saya tidak berlakon. Memang ada niat untuk kembali. Anak pun sudah makin besar. Harapan untuk sesekali muncul menerusi drama itu tetap ada.

 

“Tengoklah pada masa depan macam mana sebab sebelum ini pun, masih ada lagi yang tanya adakah saya masih berminat untuk berlakon. Tapi kalau melibatkan jadual dan masa yang tidak menentu, terpaksalah tolak mengenangkan saya sendiri punya komitmen lain yang perlu didahulukan, tapi kalau naskhah yang ditawarkan bersesuaian dan mendapat sokongan suami, why not kan…,” akhiri Hanez jujur.

Hanez Suraya dan Romie berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Sementara Romie turut mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

“Walaupun Kita Ni Isteri Orang, Tapi Kita Pun Nak Ada Kerjaya, Duit Poket Sendiri,”- Hanez Suraya

IKLAN

Foto: Instagram Hanez Suraya

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI