Kira-kira tiga minggu bergelar suami isteri, ikatan kasih dan sayang yang terjalin di antara Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana diakui menjadi perhatian ramai.

Perkenalan kira-kira lapan tahun yang bermula sebagai seorang kawan baik hingga membibitkan perasaan cinta di antara keduanya cukup memberi makna.

Menerusi Mingguan Wanita, pasangan selebriti ini ada berkongsi rasa dan turut berkongsi pesanan ibu tercinta sejurus Ardell selamat bergelar isteri.

“Pesanan biasa sebagai mak dan ayah, macam mak saya banyak cakap hormati Adhwa, jangan kasar dengan dia dan cakap elok-elok, sebab sekarang ni dah jadi suami isteri.

IKLAN

“Kena banyak lebih cakap lembut dengan suami. Jangan anggap walaupun dia bestfriend dan bawah umur daripada kita jangan tak hormati dia,” kongsinya seperti yang dipetik.

Malah pada masa sama, ibunya juga turut beri peringatan bahawa status lelaki berkenaan sudah pun berubah.

IKLAN

“Walaupun kita lebih tua tapi kena hormat dia sebagai suami, sebab darjat dia sebagai suami dah lain dan lebih tinggi untuk isteri,” jelas Ardell lagi.

Terdahulu, Ardell Aryana, 29, dan Nadzmi Adhwa,28, sah sebagai suami isteri pada 1 September lalu.

IKLAN

Hanya sekali lafaz, Nadzmi atau nama penuhnya, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi turut menyerahkan mas kahwin RM300 dan hantaran senaskah al-Quran.

Apa pun, MH mendoakan kebahagiaan keduanya, moga kekal hingga ke jannah.

Foto: Instagram Ardell Aryana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI