
Gara-gara memuat naik sekeping foto bekas teman lelaki dengan kapsyen yang menuntut lelaki berkenaan agar membayar hutang, pelakon Fathia Latiff turut ditempelak pengarah, Michael Ang. Terdahulu, hal sama turut dilakukan rakan pelakon, Sharifah Sakinah mengenai perkara sama.
Michael menerusi Instagramnya mendedahkan, dia sudah sedia mengenali Aiman sudah lama dan setahu dirinya, pelakon lelaki berkenaan berwang.
“Eh eh eh eh! APO NI? Biar betul @fatiyalatiff ! Walaupun dah delete post ni tapi the DAMAGE IS DONE! Aku dah kenal @aimanhakimridza ni lama dah setahu I dia ada aje duit. dia lah antara artist Yg tak pernah mintak ADVANCE PAYMENT!,” tulis Michael.
Pada masa sama, pengarah drama terkenal ini juga tidak gemar cara pelakon wanita meminta hutang kerana baginya, industri seni di negara ini tidaklah sebenar mana.
“Anyway Banyak project dia buat dgn aku and TRUST me he is not cheap! Dia shoot dgn aku 4 Hari aje pun gaji dia lagi Banyak dari gaji Pak Jib! Anyway tak baik buat .org mcm tu kalau betul lah dia ada pinjam duit u pun mintak la cara baik bukan mcm ni!
“Industry ni kecik malaysia pun kecik so tak payah bermusuh sgt just love each other n forgives!,” kongsi Michael lagi.
Bagaimanapun, posting perkenaan sudah pun dipadam Fathia, beberapa ketika selepas memuat naik.
Foto: Instagram Fathia/Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Ni La Rasa Macam Nak Ada Baby Lagi,” – Ozlynn Cerita Perihal Soal Tambah Anak & Sikap Suami

Tidak dinafikan, tugas sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah satu tanggungjawab mudah dalam keluarga.
Baru-baru ini, pelakon Ozlynn ada berkongsi cerita perihal keluarganya menerusi akaun Instagram miliknya.
Isteri kepada pelakon dan pelawak, Johan itu memaklumkan dia pernah pasang impian untuk menambah cahaya mata.
Bagaimanapun, dia pada masa sama tepaksa memikirkan mengenai situasi semasa kini.
“Hurmmmmm kena paksa layan tau.. kalau x dia ngamok.. masa ni la rasa mcm nak ada baby lagi.
“Tapi bila kenang dh 30an nih rasa dh mcm serba serbi x cukup.. dari segi masa, perhatian, kerja.. dan masa pkp ni la aku dan suami gunakan masa sebaik mungkin.. rasa seronok sgt tiap hari ngadap muka dorg,” tulisnya.
Jozlynn pada masa sama turut berkongsi cerita sikap suami apabila menjaga anak-anak.
“Walaupun kdg ada jugak label “mak ko ijo” jadi kat aku mane tak nye.. kita masok dapur kejap masak keluar depan tgk haaaaa terabur toys.. mmg bertukar Hulk aku.
“Masa tu baru nmpk bapak dorg.. buat2 berdehem.. n buat2 konon tegur anak “ haa kan papa dh ckp, lepas main kemas..” nak tambah tunjuk dia care lagik “ sayang, u dh siap masak? Xpe u g i tlg jaga budak abes td tu dia buat apa wehhhh.
“Haha mau x hijau ko.. apa pon aku syg family kecik aku.. korg sume pls stay at home ok.. jaga diri elok2.
“Rider sume plsss jgn bwk motor laju2 semata nak kejar customer ok.. keselamatan diri perlu.. P/S: JGN SLIDE SMP ABES!!! BANTAL BUSUK MAMA TU DIKKK!!JUJUR CKP CAMERA TU ROSAK XDE NAMPAK GAMBAR PON.. TP KAMI LAYAN MOLEIQ SEOLAH KAMERA ITU ELOK.. , “ jelas Ozlynn panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Saling hidup bahagia harmoni, pasangan selebriti ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Foto: Instagram Jozlynn
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sudah Tentu Kena Beri Kelainan, Jadi Diri Sendiri,” – Hal Hebat Versi Malaysia; Govinda Kagumi Suara Emas Ernie Zakri

Selepas mencipta fenomena di seluruh platform media sosial menerusi lagu Hal Hebat, band Indonesia, Govinda akui teruja apabila berkesempatan berkolaborasi bersama penyanyi popular, Ernie Zakrie untuk menerbitkan lagu Hal Hebat versi Malaysia.
Menurut vokalisnya, Irfan, Govinda sememangnya mengagumi bakat nyanyian Ernie yang disifatkan memiliki suara emas.
“Sejujurnya kami amat senang apabila lagu Hal Hebat ini turut mendapat sambuat luar biasa di Malaysia. Kemudian, kami pula mendapat tawaran yang sangat menarik untuk menerbitkan lagu ini dalam versi duet edisi Malaysia hasil kolaborasi dengan Ernie Zakri
“Rasanya tidak keterlaluan untuk kami menyifatkan Ernie sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik di Malaysia. Sebelum ini, kami cari tahu juga latar belakang Ernie, ternyata dia merupakan salah seorang diva dan penyanyi kesukaan ramai di Malaysia.
“Bila kami mendengar suara Ernie, ternyata nyanyian dan penghayatannya sangat bagus. Ketika sesi rakaman, kami dan syarikat rakaman juga rasa sangat puas. Jadi, kami tak sabar untuk lancarkan lagu ini hari ini,” katanya kepada MH.
Ernie dan Govinda ditemui ketika sesi sidang media pelancaran lagu Hal Hebat versi Malaysia yang diadakan pada Jumaat.
Meskipun mempunyai waktu yang singkat, Ernie menyifatkan kerjasama bersama Govinda sememangnya satu pengalaman yang tidak akan dilupakannya.
“Bila mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu Hal Hebat, saya teruja kerana saya tahu lagu ini sangat popular. Ketika itu, saya berbincang dengan pihak Rocketfuel untuk perancangan lagu ini kerana saya sebolehnya mahu kerjasama ini berjalan dengan baik.
“Masa yang ada di Jakarta sangat terhad. Saya perlu membuat rakaman dan jalani penggambaran pada minggu yang sama. Kerjasama dengan Govinda dan vokal produser di sana merupakan pengalaman yang sangat menakjubkan,” katanya.
Ketika ditanya, adakah dia bimbang dengan penerimaan peminat terhadap kolaborasi ini, isteri kepada penyanyi, Syamel ini memberitahu, meskipun terdapat sedikit kelainan, dia tetap tidak akan mengubah keseluruhan lagu tersebut
“Saya juga sebenarnya agak risau kerana vibes suara vokalis Govinda ini sudah sangat kuat dan serasi dengan lagu ini. Jadi, bila saya nak menyanyikan lagu ini, sudah tentu saya kena beri kelainan dan menjadi diri sendiri. Team Govinda juga sangat membantu.
“Walaupun saya nak buat kelainan, tapi saya tidak mahu mengubah konteks, vibes dan energi yang dah diberikan Govinda. Seperti kita tahu, bila sesuatu lagu itu sudah diterima jutaan telinga, bila buat perubahan, kita kena pastikan ia memberi impak pada pendengar.
“Vocal Acrobatic pun kita ada letakkan sedikit sebab peminat di Malaysia sukakan begitu. Vocal producer pun mungkin ada buat reseach dengan teknik nyanyian saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ernie turut mendedahkan dia mengabadikan kisah cintanya bersama suami bagi mendapatkan sepenuh penghayatan ketika menyanyikan lagu ini
“Maksud lagu Hal Hebat ini sangat indah bagi saya. Kadang-kadang bila dalam perhubungan ini, kita tak sangka yang pergaduhan itu membuatkan nafsu amarah membuak-buak sampai kita terlupa untuk menghargai orang yang kita sayang.
“Bila saya rakam lagu ini, memang ada sedikit kesayuan di dalam hati sebab bila kita berbicara mengenai penghargaan pada orang yang kita sayang, memang amat besar maknanya.
“Liriknya juga sangat puitis. Lagu ini mengingatkan saya kepada suami. Bila menyanyi pun saya membayangkan dia. Sangat besar makanya lagu ini buat diri saya secara peribadi,” akhirinya.
Hal Hebat edisi Malaysia kini boleh mula didengari diseluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton disaluran Youtube My Music Record bermula 23 Julai ini jam 5 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri & Govinda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selami Kisah Cikgu Panas Baran Yang Mengajar Di Sekolah Pedalaman, Adaptasi Novel Penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988

Produksi Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. dan Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah filem berjudul Memoir Seorang Guru, bersempena dengan sambutan Hari Guru yang telah pun diraikan oleh seluruh warga pendidik di negara ini.
Tidak hanya sekadar naskhah biasa, filem ini juga merupakan adaptasi daripada novel dengan judul sama hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang juga bekas seorang guru yang juga penerima Anugerah Penulis S.E.A. 1988 mewakili Malaysia.
Penerbit filem ini, Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, pihaknya berminat untuk mengadaptasi novel berkenaan ke sebuah filem kerana karya Allahyarham dilihat cukup istimewa dan pernah menjadi bahan sastera pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatu ketika dahulu.
“Kami akui sudah banyak filem kisah guru dan pelajar diterbitkan, namun Memoir Seorang Guru ini mempunyai kelainan kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang hubungan anak murid dan guru sahaja.
“Ia mengangkat mesej-mesej positif seperti nilai kasih sayang, mengenang budi dan kejayaan, kegagalan, penyesalan dan kisahnya begitu dekat dengan sesiapa sahaja yang pernah bergelar guru dan anak murid.
“Malah, penulis novel ini juga bekas seorang guru dan ia banyak mempengaruhi kisah dalam karya tersebut,” katanya menerusi filem yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini.
Aktor hebat Datuk Rosyam Noor telah diberi peranan utama sebagai Cikgu Sunan dan turut menampilkan barisan pelakon kanak-kanak serta pelakon popular lain seperti Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.
Menurut Arisz, filem berkenaan juga mendapat kerjasama daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).
“Setakat ini YGMB yang mempunyai keahlian beratus ribu daripada kalangan guru yang kami lihat mereka mampu memainkan peranan membantu mempromosikan filem ini ke sekolah-sekolah.
“Selain itu, mereka boleh menyarankan kepada guru-guru yang lain agar mengajak anak-anak murid menonton filem ini di pawagam nanti yang secara kebetulan ia ditayangkan dalam suasana semua pelajar merayakan sambutan Hari Guru,” katanya lagi.
Kyoll Hamzah pula menjelaskan, dia bersetuju untuk mengarahkan filem ini kerana melihat ia adalah sebuah naskhah yang sangat menarik apabila diadaptasi menjadi sebuah filem.
Ujarnya, dia sendiri yang meminta kepada penerbit untuk memilih Rosyam memegang watak utama sebagai Cikgu Sunan.
“Apabila diberi peranan sebagai pengarah, saya terus usulkan agar Rosyam diberi watak tersebut kerana melihat kriteria watak ‘Cikgu Sunan’ ini ialah dirinya.
“Lagipun Rosyam sendiri belum pernah lagi membawakan watak sebegini dalam mana-mana filem dan pastinya ia amat dinantikan penonton,” katanya.
Pada masa sama, pemilihan pelakon-pelakon lain juga dibuat atas perbincangan bersama penerbit, malah mereka turut menjalankan sesi uji bakat untuk pelakon kanak-kanak.
Menjalani penggambaran pada Disember tahun lalu di beberapa buah lokasi seperti Perlis, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, pengarah itu turut mengakui berhadapan dengan beberapa cabaran.
Antara cabaran yang dilalui termasul dalam hal berkaitan dengan pemilihan lokasi yang terbaik selain keadaan cuaca yang tidak menentu.
Malah kelas lakonan juga turut diberikan kepada pelakon kanak-kanak terlibat demi memastikan masing-masing mampu menghayati watak.
Memoir Seorang Guru mengisahkan tentang seorang guru bandar, Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pedalaman dan ditugaskan menjadi guru kelas di kelas paling corot.
Dia yang juga duda kematian isteri turut membawa bersama anak perempuannya, Kamariah untuk belajar di sekolah berkenaan.
Lebih mencabar, guru besar sekolah tersebut telah memberinya tugas menjadi guru kelas di kelas paling corot dan tugas paling utamanya adalah untuk memastikan kelasnya itu mencatat keputusan UPSR lebih baik berbanding sebelumnya.
Pada masa sama, terdapat tiga orang pelajar di kelasnya iaitu Alias, Midun dan Mat yang tidak menyukai Cikgu Sunan kerana menganggap guru kelas mereka itu sebagai cikgu bandar yang berlagak.
Memoir Seorang Guru menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 Mei 2024.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI