Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3, pelakon Tasha Shilla dan suaminya, Muhammad Atiq Idris telah diundang sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan topik bertajuk ‘Seksa Berpantang Demi Siapa?’ bersama penonton.

Berkongsi cerita secara virtual, Tasha atau nama lengkapnya Natasha Sheila Abdul Razak antara lain turut berkongsi pengalaman menjalani tempoh berpantang setelah selamat bergelar ibu pada 24 April lalu.

“Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif “Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif

Menurut Tasha, dia sering alami situasi perasaan dan emosi mudah sensitif terhadap kebanyakan perkara di sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang.

“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.

‘Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif tu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak menangis,” katanya.

“Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif “Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif

IKLAN

Malah, aktres berusia 34 tahun ini juga mengakui berasa sangat gembira dan seronok di sepanjang fasa kehamilan sehingga detik bergelar ibu.

“Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.

“Saya bersyukur sebab suami saya banyak membantu saya dari segi untuk menguruskan saya dan anak saya. Dia sangat memainkan peranan sebagai suami, jadi saya punya perjalanan untuk menjadi ibu ni Alhamdulillah semuanya seronok,” kongsinya lagi.

“Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif “Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif

IKLAN

Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 28 Februari, tahun lalu.

Selepas itu, Tasha selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Raees Zander, pada 24 April lalu di sebuah pusat perubatan swasta.

“Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif

“Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=PgghqNgDc-Q

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Walaupun Dah Bersalin, Sikit-Sikit Rasa Nak Menangis,” – Tasha Shilla Cerita Situasi Selepas Pantang, Jadi Mudah Sensitif

Foto: Instagram Tasha Shilla

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI