Penyanyi dan hos, Fakhrul Radhi Khamarudin, 34, dari kumpulan nasyid UNIC ada berkongsi berkembangan terkini status kesihatan rakan artis iaitu anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang sejak minggu lalu.
Kongsinya menerusi Instagram, meski penglihatannya kabur kesan namun Nazrul masih mampu untuk cam suara.
“Walau matanya kabur lg tak nampak jelas, tp dia kenal suara, bila tanya ni sapa? abg acul kata “fakhrul” ka?
Ads
“Dah seminggu terlantar kat hospital..sama2 bantu doa sahabat kami dari kumpulan Rabbani, Nazrul.
“Sekarang beliau sedang dirawat di Hospital Selayang akibat komplikasi dialisis darah. Pandangan matanya kabur dan mengalami demam panas.
Ads
“Mewakili rakan2 @unicsports @unicofficials dan @familiunic, sampaikan sikit sumbangan moga boleh bantu ringankan ap yg patut, moga Allah beri kesembuhan segera,” tulisnya pada entri yang turut disertakan bersama nombor akaun bagi yang ingin bersama-sama meringankan beban.
Terdahulu, Nazrul yang bermain perkusi dalam Rabbani dikejarkan ke hospital selepas suhu badannya meningkat ketika menjalankan rawatan dialisis beberapa hari lalu, sekali gus membuatkan penglihatannya semakin kabur.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Video yang merakamkan aksi spontan Bunga Citra Lestari yang dilihat tak dapat menahan sebak lalu menangis ketika rakan artis, Judika menyampaikan single terkininya, Tak Mungkin Bersama di program Indonesian Idol pada Isnin menjadi perhatian peminat.
Potongan video berkenaan yang mulai dikongsikan ramai sejak malam tadi di media sosial mencetus viral dan rata-ratanya turut terkesan apabila menonton tangisan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, tempoh hari.
Difahamkan, Judika sebelum menyampaikan lagu berkenaan turut menjelaskan, ia berkisar mengenai kehilangan individu yang dicintai.
Bunga (BCL) yang menonton persembahan tersebut di kerusi juri kelihatan beberapa kali mengesat air mata hingga satu ketika dirinya dilihat tertunduk menahan tangis.
Judika juga dilihat seakan-akan sebak dengan situasi berlaku bagaimanapun tetap meneruskan nyayian.
Sementara itu, penyanyi Ari Lasso yang turut sama di kerusi juri dilihat cuba menenangkan BCL.
Terdahulu, berita pemergian Ashraf pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung nyata mengejutkan industri hiburan di Malaysia dan Indonesia.
Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Bintang itu mengahwini penyanyi BCL pada 2008 dan dikurniakan seorang permata hati lelaki, Noah Sinclair.
Allahyarham juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.
Sejurus menyampaikan lagu berkenaan, Judika turut memberi ucapan serta dedikasi buat BCL.
Foto: YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini sudah memasuki hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pihak kerajaan bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Ia sekali gus, meminta orang ramai untuk terus berada di rumah masing-masing agar tidak bergerak ke merata-rata tempat kecuali bagi membeli keperluan asas.
Dalam pada itu, Pencetus Ummah (PU) Amin menyifatkan bahawa wabak ini mempunyai hikmah disebaliknya kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta di kediaman masing-masing.
“Walaupun banyak kerja dan hidup kita tertangguh , tergendala , tapi kita masih diberikan nikmat ada keluarga yang tersayang.
“Penuhkan masa dan ruang yang Allah bagi untuk menghargai ahli keluarga kita. Moment indah macam ni tak selalu hadir dalam hidup kita.
“Pada yang kehilangan ahli keluarga , semoga Allah memuliakan kalian . Bagi yang masih ada hidup kan kasih sayang bersama . Solat jemaah bersama , makan dan bermain bersama . Mana tahu dengan nikmat kasih sayang ini Allah angkat musibah yang sedang berlaku.
“Ya Allah ampunkan segala kesilapan dan kelekaan juga kelalaian kami selama ini,” tulisnya.
Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan video bersama pakar kecemasan, Dr Samsu Ambia Ismail yang kini dikuarantin bersama isteri bersama lima anaknya berumur lapan hingga 18 tahun selepas didapati positif Covid-19.
Dr Samsu meluahkan kesyukuran, meski disahkan positif, namun sekurang-kurangnya mereka dapat melaluinya bersama-sama tanpa perlu berpisah dalam tempoh yang lama.
“Sewaktu di sini, saya yang akan memantau keadaan isteri dan anak-anak dan akan melaporkan terus kepada jururawat. Anak-anak juga sudah pandai mengambil tekanan darah, jadi jika saya tidak larat, anak-anak yang akan ambil alih.
“Saya ada masalah paru-paru. Sesiapa yang ada masalah paru-paru, tindak balas virus akan lebih cepat. Tapi apalah sakit saya jika dibandingkan dengan orang lain. Kita terdedah dan sesiapa pun boleh sakit lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di sektor kesihatan.
“Sebenarnya saya tidak sanggup membuat ujian kali kedua, saya takut jika positif. Saya takut jika anak tidak semuanya positif dan mereka tidak dapat ikut bersama. Saya risau andai orang di kampung takut untuk menjaga mereka.
“Takdir tuhan, semua positif jadi alhamdulillah rahmat bagi saya. Saya dapat duduk bersama dan dapat jaga mereka.
“Sudah 49 tahun saya sihat, apalah makna tujuh hari ditimpa ujian. Kadang kala ia rahmat bagi kita hargai kesihatan.
“Saya kasihan melihat kawan-kawan yang bertugas kerana tidak dapat bersama. Tapi saya tidak salahkan sesiapa dan janganlah kita salahkan mana-mana kumpulan. Semua orang adalah mangsa. Mereka pun tidak tahu mereka sudah dijangkiti,” katanya menerusi video perbualan tersebut.
Menurut Mazriemi Mohd Zaki, suaminya yang bertugas di Hospital Teluk Intan mengadu tidak sihat selepas menghadiri mesyuarat bersama doktor pakar di hospital. Pada mulanya mereka tidak mengesyaki ia berkaitan wabak kerana Hospital Teluk Intan bebas daripada jangkitan Covid-19.
Selepas beberapa mengalami demam dan sesak nafas, dia menasihati suami untuk menjalani saringan pemeriksaan Covid-19, namun keputusan menunjukkan negatif.
Bagaimanapun keadaan suami terus lemah dan masih demam, dan disebabkan itu, dia memujuk suami untuk menjalani saringan sekali lagi dan hasilnya, positif. Satu keluarga dibawa untuk menjalani saringan dan kesemuanya didapati positif Covid-19.
“BESAR DUGAAN PADA KELUARGA INI! 7 POSITIF
Tugas Doktor yg terdedah pd penyakit Covid19 dan sedikit pun dia tidak menyalahkan pesakit yg dirawatnya! Another Hero!! #teampaknil,” kongsi Pak Nil.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.