Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Bella Nazari, 33, yang kini bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Iqbal Kamarudin, 37, di sebuah hotel di Perlis pada jam 11 pagi, pada Sabtu dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Nazari Ahmad.
Memetik Berita Harian, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000, selain tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.
Percaya pada jodoh, pemilik nama lengkap Mas Nabiella Nazari memanjatkan rasa syukur kerana semuanyaberjalan lancar.
“Sudah nama pun jodoh. Dahulu bukan main nak elak berkahwin dengan lelaki sealiran seni. Akhirnya yang tak mahu itu juga datang merapati.
“Hingga kini, saya masih tak percaya semua ini terjadi. Dalam hati ingat akan kahwin dengan lelaki berusia, jadi isteri ketiga atau keempat.
Ads
“Maklumlah usia saya mencecah 33 tahun baru bertemu jodoh,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya mengenai detik perkenalan di antara mereka, Bella yang sinonim menerusi lagu Oh Cintaku itu menjelaskan, dia mengenali suaminya yang juga duda anak satu itu ketika mengikuti pengajian di sebuah universiti.
“Dia adalah bekas kekasih saya. Tidak sangka selepas 10 tahun membawa haluan masing-masing, kami bertemu semula.
Ads
“Bakal suami bekerja di bahagian orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kami kembali serius sejak hampir dua tahun lalu,” ujar Bella yang turut akui terpikat dengan sifat bertanggungjawab jejaka berkenaan.
Malah, si dia turut pandai mengambil hati.
“Dia sentiasa berusaha menggembirakan saya. Setiap kali berdepan tekanan, dia akan berusaha membuat saya kembali tersenyum.
Ads
“Suami juga sangat bertanggungjawab dan ini antara faktor mengapa hati saya terbuka menerimanya sebagai suami,” akuinya.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini bertunang pada 26 Oktober tahun lalu dan difahamkan, keduanya akan diraikan dalam majlis resepsi di Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar Perlis.
Meninjau di Instagram bintang berkenaan, kenalan dan jemputan turut berkongsi foto hari bahagia pasangan lalu turut diulang siar kembali Bella.
https://youtu.be/KopNeKC5bn0
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Trisha Ooi terpaksa menjalani pembedahan segera di Hospital Selayang, Selangor selepas ketumbuhan ‘cyst’ sebesar 6.7 sentimeter (sm) pecah di dalam perut pada Sabtu lalu.
Menurut Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 23, dia sebenarnya sudah lama menghidapi penyakit tersebut dan telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut, cuma tidak sangka ia pecah tiba-tiba sehingga perlu menjalani pembedahan kecemasan.
“Saya rasa dah nyawa ikan. Ketumbuhan ‘cyst’ ini sangat menyakitkan. Saya mula diserang teruk sejak beberapa bulan lalu, namun atas komitmen kerja saya membuat keputusan cuba bertahan dengan mengambil ubat-ubatan diperlukan daripada doktor.
“Tapi, selepas selesai saja penggambaran drama Tentang Hati Dia baru-baru ini, saya tak boleh bertahan lagi. Perut saya ‘cramp’ (kekejangan) hingga kesukaran bernafas dan minta pengurus bawa ke Hospital Selayang.
“Doktor memaklumkan ‘cyst’ saya sudah pecah dan perlu membuat pembedahan segera demi menyelamatkan nyawa. Saya bersyukur pembedahan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan,” katanya, lapor Harian Metro.
Selepas mendapatkan rawatan, Trisha masih perlu mendapat pemantauan daripada doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
“Buat sementara waktu ini, nampaknya saya kena betul-betul berehat dulu terutama dari aktiviti lasak sebab keadaan yang masih terlantar di atas katil.
“Saya mohon doakan kesembuhan agar pulih segera. Alhamdulillah, tahap kesihatan saya kini stabil dan menunjukkan pemulihan positif,” katanya lagi.
Trisha mulai dikenali menerusi watak antagonis, Erra dalam drama Risik Pada Hati di slot Akasia TV3 yang ditayangkan tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari tampil menjelaskan isu penglibatan isterinya di dalam Muafakat Nasional seperti yang telah diumumkan oleh presidennya, Tan Sri Annuar Musa, semalam.
Menurut Izzar, dia berharap agar orang ramai tidak terkeliru kerana Muafakat Nasional yang ditubuhkan oleh Tan Sri Annuar Musa merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya gerakan politik.
“Saya mengambil maklum mengenai tularnya isu isteri saya menyertai Muafakat Nasional (MN), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah seorang ahli.
“Pertubuhan Muafakat Nasional ini bukannya sebuah parti politik dan juga tidak merujuk kepada pakatan parti UMNO dan PAS yang dibentuk pada tahun 2019,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mat itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga menyokong dasar-dasar yang telah dibuat oleh pertubuhan ini yang dikatakan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.
“Setelah saya amati, pertubuhan MN ini bepegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat,” kongsinya.
Tegasnya lagi, dia bakal menjadi orang pertama yang menghalang isterinya sekiranya pertubuhan ini lari daripada landasan yang sepatutnya.
“Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, beliau perlu bersikap neutral dan tidak menggunakan platform beliau untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.
“Jika tidak, saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalang beliau. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan.
“Selamat maju jaya kepada pertubuhan Muafakat Nasional,” ujarnya lagi.
Semalam, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin merupakan antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional.
Selain Ummi, antara selebriti yang turut diberikan jawatan yang sama termasuklah penyanyi pop lagenda Datuk Jamal Abdillah dan pelakon Datuk Eizlan Yusof.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan kenyataan pelakon Aeril Zafrel yang mahu menjual kenderaan mewah, Lamborghini Aventador miliknya, terdapat dakwaan daripada seorang netizen mengatakan kereta tersebut hanya merupakan sewaaan semata-mata demi ‘content’ media sosial.
Menerusi laman Instagramnya, Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, 34, berkongsikan mesej (DM) yang diterima daripada seorang individu yang mendakwanya menipu tentang status sebenar kenderaan mewah berharga RM2.27 juta itu.
“Kalau betul sewa sembang macam beli hak milik kekal itu, itu menipu namanya.
“Bagi tahu sahaja jujur nak merasa bawa Ferrari jadi sewa sahaja mampu, InsyaAllah ada rezeki dapat beli. Mesti netizen salute dan doakan.
“Tengok kalau betul mereka sewa ramai je netizen doakan yang baik-baik apatah lagi kalau jujur mesti lagi orang adore. Kenapa perlu nak menipu demi content?” tulis individu berkenaan.
Aeril kemudiannya hanya membalas ringkas menerusi kapsyen dalam posting tersebut: “Entahlah, apa untungnya aku nak menipu.”
Bapa kepada empat cahaya mata itu merancang untuk menjual kenderaan berwarna kuning tersebut selepas sebulan dihadiahkan oleh isterinya, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal.
Menurut Aeril, dia hanya mahu merasai pengalaman memandu Lamborghini Aventador dan setakat ini berpuas hati apabila sudah dapat melalui momen tersebut.
Sekadar informasi, Aeril mendirikan rumah tangga dengan Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, pada 2013.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, Ayya Soffya, 3, dan Muhammad Fahri yang kini berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian video terbaharu daripada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, di Instagram pada Isnin menjadi perhatian netizen apabila dia mengenang perjalanan hidupnya bersama isteri,...