Penyanyi senior, Wann atau nama lengkapnya, Wan Rashidah merakamkan rasa terima kasih dan bersyukur kerana sekurang-kurangnya, dia berjaya menempatkan diri hingga ke semi final program Gegar Vaganza 6 (GV6).
Percaya kepada rezeki, bintang berusia 49 tahun itu bagaimanapun akui dirinya sudah jangka tersingkir memandangkan tiada pembaharuan yang boleh disuntik di dalam persembahannya dari minggu ke minggu.
“Saya bersyukur sampai ke tahap ini sebabnya rakan peserta lain rezekinya di GV6 tidak berapa panjang. Kiranya saya mendoakan yang terbaik untuk semua dan apa pun, saya dan jangka.
“Bonda tanya saya di mana kehebatan saya. Saya tak hebat mana… Cuba sahaja. Tapi ada orang lagi yang lebih hebat. Misalnya Hady Mirza dan Naqiu.
“Walau saya bukan juri, tetapi sebagai penyanyi yang sudah lama, saya boleh agak siapa yang akan ke final.
Ads
“ONE misalnya setiap minggu ada idea dalam membuat persembahan. Kalau saya jadi penonton pun, saya terhibur dengan persembahan mereka,” katanya optimis.
Pada masa sama, Wann turut mengakui peserta finalis GV6 mempunyai kelebihan tersendiri.
“Saya tahu, saya tiada ‘benda’ atau sesuatu yang berbeza untuk dipersembahkan atas pentas. Saya menyanyi saja, tak buat aja je pun. Itulah kelebihan mereka,” jelasnya lagi.
Ads
Terdahulu, Wann menyanyikan lagu Dua Insan duet dengan Zarul Umbrella serta lagu solo Ku Gembira Di Sampingmu.
Mengulas mengenai perancagannya selepas ini, Wann memaklumkan dirinya masih lagi mahu meneruskan kerjaya bidang nyanyian.
“Selepas ini saya masih bernyanyi seperti biasa dan sekarang ini terlalu awal untuk saya beritahu perancangan lain selanjutnya,” kata Wann.
Ads
Selain Wann, Noorshila Amin juga menerima nasib sama apabila bintang itu turut tersingkir pada konsert yang berlangsung semalam.
GV6 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang media sosial, Kourtney Kardashian dilihat tidak segan untuk bergambar di atas sebuah bot meski mempunyai bekas regangan (stretch marks), iaitu satu kesan selepas bersalin yang biasanya ada di bahagian belakang paha.
Menerusi instagram kecantikan iaitu @Poosh, bintang berusia 40 tahun itu mengenakan bikini hitam berlatarbelakangkan sebuah pulau tampak yakin berposing.
Pelakon, Raysha Rizrose hari ini ada menyampaikan sebuah lagu khusus bersempena dengan hari jadi bintang terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 hari ini.
Adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose itu juga turut mendoakan agar bintang itu terus kuat dalam menghadapi kehidupan.
“Here’s a cover that the team and I made sebagai tribute sempena ulang tahun kelahiran bunga tercantik, @bclsinclair.
“Semoga terus kuat menghadapi kehidupan. We love you,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Berkongsi lagu nyanyian Cinta Sejati yang dipopularkan oleh BCL sendiri menerusi IG TV, penyampaian pemenang Dewi Remaja 2015 itu terhadap lagu tersebut mendapat pujian ramai.
Terdahulu, berita kematian pelakon asal Malaysia, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada BCL nyata mengejutkan ramai.
Allahyarham meninggal dunia pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Arwah telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclar yang berusia 10 tahun.
Foto: Instagram BCL, Raysha Rizrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan premis yang menawarkan sevis perkhidmatan tidak dibenarkan beroperasi termasuklah servis gunting rambut.
Lantaran itu, pelakon dan pelawak, Zizan Razak telah mengambil inisiatif untuk memotong rambutnya sendiri lalu, memuat naik gambar stail terbarunya itu di Instagram.
Jelas Zizan, dia memotong rambutnya itu disebabkan terlalu bosan kerana tiada perkara yang ingin dilakukannya.
“Bila takde kerja potong sendiri rambut. So ini result dia.
“Ala ala the rock zaman muda. Ada yang kata budak skin head,” katanya.
Menurut Zizan lagi, dia ingin wanita di luar sana tahu bahawa dia juga memiliki bakat terpendam sebagai tukang gunting rambut.
“Itu tak kesahlah janji wanita-wanita diluar sana tahu yang abang zan ade bakat gunting rambut so senanglah untuk anak kita nanti tak perlu pegi barber,” jelasnya lagi.
Posting lucu tersebut telah meraih hampir 200,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Zizan tersebut termasuklah rakan artis, Tomok dan Joe Flizzow.
Semalam, kerajaan telah mengumum beberapa sektor tambahan dibenarkan beroperasi sepanjang fasa ke-3 PKP termasuklah kedai cermin mata, kedai peralatan elektrik & elektronik dan servis potong rambut.
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember...