Reiyka Lee, wakil Malaysia di pertandingan Miss Intercontinental 2024 berjaya mengharumkan nama negara apabila dia dinobatkan sebagai pemenang gelaran Miss Congeniality dan Kostum Nasional Terbaik.
Biarpun tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir atau top 22, namun dua gelaran yang dimenanginya membuktikan wanita berusia 28 tahun ini memiliki potensi dan daya juang yang tinggi saat bertanding.
Sumber foto: Instagram Jelita Malaysia
Kemenangannya sebagai Miss Congeniality adalah melalui undian berdasarkan personaliti yang disukai oleh 57 peserta lain. Tuah menyebelahi, sikap positif yang ditonjolkan ternyata disenangi ramai.
Kemenangan dalam segmen Kostum Nasional Terbaik pula dinilai oleh juri profesional, selepas setiap peserta mempersembahkan kostum masing-masing yang memiliki ceritera tersendiri.
Ads
Rieka membawa kostum nasional berkonsep Kuda Sembrani yang berdasarkan haiwan mistik yang digunakan Raja Suran seperti yang tercatat dalam buku Sulalatus Sulatin, melangkah megah di atas pentas sebagai pemenang.
Pentas akhir Miss Intercontinental 2024 telah melabuhkan tirai semalam apabila wakil Puerto Rico, Maria Cepero, dinobatkan sebagai juara baharu sekaligus bakal menjalankan tugas sebagai Miss Intercontinental 2024 selama setahun.
Ads
Tempat kedua dimenangi oleh wakil Venezuela, Georgette Musrie, manakala wakil Filipina, Alyssa Redondo terpaksa berpuas hati berada di kedudukan ketiga.
Ads
Pertandingan Miss Intercontinental antara pertandingan ratu cantik tertua di dunia yang sudah dianjurkan melebihi 50 tahun. Malaysia kali terakhir berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir adalah pada tahun 2021 menerusi perwakilan Poorani Rajoo.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemaskini terbaharu nahas pesawat Jeju Air JC2216, menurut laporan The Guardian, dikhuatiri 179 maut dan disahkan hanya dua sahaja yang terselamat.
Setakat ini 120 mayat telah berjaya dikeluarkan dan 59 lagi masih hilang, pihak berkuasa menyifatkan peluang untuk mereka masih hidup sangat tipis.
Semasa kejadian, seramai 175 penumpang (173 warga Korea Selatan dan dua warga Thailand) dan enam anak kapal berada di dalam penerbangan tersebut.
Dua individu yang terselamat merupakan anak kapal yang duduk di bahagian ekor pesawat. Kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital berdekatan Lapangan Terbang Muan untuk menerima rawatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.03 pagi tadi, pesawat tersebut dalam perjalanan dari Bangkok menuju ke Korea Selatan.
Pesawat jenis Boeing 737-800 itu melakukan pendaratan cemas ‘belly landing’ disebabkan kegagalan gear dan merempuh dinding di hujung landasan sehingga menyebabkan letupan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Podcast Kata Kita yang dikendalikan aktres Diana Danielle dan hos Nani Roslan tampil mengupas lebih banyak topik berkaitan isu semasa dalam kalangan masyarakat termasuk selebriti tempatan.
Menerusi cara penyampaian yang lebih santai, antara topik dibincangkan baru-baru ini termasuk mengenai industri perfileman tempatan sebaik berakhirnya Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33) pada 7 Disember lalu yang menyaksikan filem Imaginur diangkat sebagai Filem Terbaik.
Diana, 33, sebagai antata bintang utama filem terbitan Lumatic Films Sdn Bhd itu pastinya berbangga dengan pencapaian diraih, malah turut membahaskan mengenai kejayaan itu menerusi podcast Kata Kita episod kedua yang lalu.
Menurut Diana, kejayaan itu cukup membanggakan, namun tidak boleh dilupakan sokongan berterusan daripada peminat kerana itu adalah hadiah terbesar untuk pelakon.
Diana yang membalas ucapan tahniah daripada Nani ketika sesi podcast itu berkata, tanpa peminat, dia atau mana-mana pelakon lain akan ‘terkandas’ kerana tidak mempunyai sistem sokongan secara berterusan.
“Sebenarnya yang saya paling hargai adalah sokongan orang yang pergi tonton filem Imaginur dan beri maklum balas dengan berkongsi bagaimana filem berkenaan memberi kesan kepada mereka.
“Jadi, itu sebenarnya penghargaan sebenar dan sudah tentu bila dapat pengiktirafan daripada FFM, ia lebih membuatkan kami rasa lebih bersemangat untuk teruskan berkarya.
“Penghargaan industri itu besar, tapi dengan peminat, mereka yang akan bawa kita untuk terus dalam bidang ini daripada satu tahun ke satu tahun. Terima kasih kepada peminat saya,” katanya.
Selain barisan para pemenang, penampilan selebriti yang hadir ke majlis sama turut diperkatakan dan dedah Diana, gaun hitam yang digayakan pada malam itu adalah ‘dress’ yang disewa kerana tidak ada pereka fesyen menerima tempahan pada saat akhir.
Ia diceritakan ibu kepada dua cahaya mata itu selepas Nani memuji persalinan berkenaan.
“Apa yang jadi ketika itu adalah, saya memang seorang yang suka siapkan sesuatu pada saat akhir sehingga saya terlupa tarikh FFM sudah hampir tiba. Jadi, saya pun tanya beberapa pereka fesyen dan semuanya cakap tak sempat, tengah sibuk dan sebagainya.
“Saya tidak mahu menyusahkan orang, jadi terpaksa susahkan diri sendiri. Akhirnya saya pergi ke kedai sewa pakaian yang dalamnya ada 5,000 ‘dress’. Disebabkan ia program RTM, jadi saya perlu cari pakaian yang sesuai, jadi saya belek satu persatu.
“Walaupun tak pernah pergi kedai itu, tapi saya tetap kena usaha juga untuk ke sana. Alhamdulillah saya gembira kerana pada akhirnya semua baik-baik sahaja. Pada saya, tidak kisah mahal atau tidak, tapi kalau itu adalah gaya anda, ia tetap akan nampak sesuai,” kongsi Diana.
Tambah Diana, dia juga bukanlah seseorang yang terlalu mendalami fesyen dan lebih mengutamakan gaya. Malah, katanya, dia tidak kisah untuk pakai baju sama berulang kali.
Menerusi siaran podcast sama, mereka turut mengupas mengenai isu pendakwah yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan melakukan gangguan seksual dan kelucahan terhadap kanak-kanak.
Diana berkata, tidak wajar sekiranya menganggap golongan pendakwah sebagai individu yang bebas daripada melakukan perkara terkutuk, selain mengesyorkan agar pendidikan seksual kepada kanak-kanak perlu diterapkan.
“Jenayah adalah jenayah dan kita jangan terlalu mengangkat pendakwah ini seolah-olah mereka tak mampu atau tak boleh membuat dosa. Kita perlu fikir setiap orang perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan.
“Kita perlu adil demi memperjuangkan keadilan. Kita perlu adil dalam memperjuangkan hak kanak-kanak. Pendidikan seksual kepada kanak-kanak ini penting sebab bila sudah jadi remaja dan organ seksual sudah mula aktif.
“Jadi, bagaimana cara untuk memberi maklumat yang betul untuk bendung diri sendiri? Kalau mereka tidak ada ilmu yang cukup, nanti akan jadi masalah untuk bendung diri dalam dunia media sosial dan masyarakat yang pelbagai,” katanya.
Jangan ketinggalan untuk menonton lebih banyak kupasan isu semasa bersama Diana dan Nani menerusi saluran YouTube, Kata Kita Podcast.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson memadam segala hantaran terdahulu dalam akaun Instagramnya dan hanya memuat naik sebuah video buat tatapan umum.
Menerusi video pendek yang dikongsi itu, Zahnita dilihat mengenakan ‘hoodie’ dan berkaca mata sambil kelihatan sebak lalu memberikan simbol ‘mini love’.
Zahnita menzahirkan tanda terima kasih atas ucapan dan sokongan diberikan pengikut dalam media sosial.
“Assalamualaikum, terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Saya akan bersama dengan anda sedikit masa saja lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini turut menyerahkan urusan perniagaan pai diusahakan kepada dua kenalannya buat masa ini.
Sehingga kini, hantaran berkenaan menerima hampir 17,000 tanda suka sambil dususuli dengan pelbagai komen warganet.
Terdahulu, pendedahan wanita berusia 39 tahun ini yang mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga mendapat perhatian ramai.
Zahnita beberapa hari lalu menerusi Instagram mendedahkan penderitaan dialaminya dalam rumah tangga dengan memuat naik foto keadaan matanya yang lebam.
Semalam, Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari terhadap suami Zahnita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.