Hantaran yang dimuat naik selebriti popular, Noor Neelofa yang berkongsi wajahnya dalam versi Kecerdasan Buatan (AI) sempena produk terbaharunya di Instagram pada Rabu mencetuskan tular di media sosial.
Menerusi StampliCity Collection itu, Neelofa menyatakan hasratnya untuk menjadikan kempen ‘Stamping Your Mark’ sebagai penerus kepada impak atau legasi masing-masing yang mempunyai keunikan tersendiri.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai memberikan reaksi pelbagai dan tidak kurang yang menyatakan kerinduan untuk melihat wajah cantik hos Next To Neelofa itu sejurus dia memutuskan untuk berniqab sekitar tiga tahun lalu.
Ads
Malah, ada juga yang memberi pandangan bahawa wajah asli ibu kepada dua cahaya mata itu jauh lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan versi AI.
Perkara sama turut dikongsikan adiknya, Ameera Khan sambil diakui sebilangan warganet lainnya.
Ads
“Kakak jauuuhhhh comey lagi pado AI ni,” tulis Ameera disusuli ribuan tanda suka.
Ads
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 ‘likes’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Sebenarnya ada yang cadangkan saya untuk lakukan prosedur kecantikan dan bayar secara ansuran bulanan. Tapi saya tiada keinginan lagi untuk berbuat demikian.”
Itu pendirian penyanyi dan usahawan, Ani Maiyuni yang mengakui pernah mendapat tawaran untuk melakukan prosedur rawatan kecantikan moden termasuk pembedahan bariatrik (potong usus) sebelum ini.
Menurut Ani, 45, buat masa sekarang dia lebih senang untuk menjalani gaya hidup sihat namun menghormati setiap pandangan orang.
“Bagi saya bila usia kita makin bertambah dan kita pula buat prosedur hanya semata-mata nak kurus, rasa takutlah pula nak buat. Saya pun bukannya muda lagi. Untuk saya kalau nak diet, biarlah secara alami.
“Meski lambat tapi tak beri kesan pada jangka masa panjang. Dalam usia saya yang begini, tak tahu apa yang akan jadi di kemudian hari. Apa pun, saya hormati pendirian masing-masing,” katanya kepada MH.
Ani berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk minuman, Ellojoy Sacha Inchi di Shah Alam, pada Sabtu.
Ditanya sejauh mana minatnya untuk melakukan rawatan kecantikan pada bahagian wajah, penyanyi lagu Sedap ini mengakui dia tidak pernah terfikir untuk berbuat demikian.
“Saya tak mudah terpengaruh dalam bab-bab macam ni. Daripada dulu pun, kalau ada yang suruh saya cucuk hidung untuk bagi mancung, saya tak terfikir nak buat. Kita makin hari makin tua, soal rawatan semasa mesti nak kena jaga juga.
“Kalau ada kedut-kedut itu biasalah. Sudah namanya faktor umur, nak buat macam mana? Dekat 30 tahun dalam industri, Lillahi Ta’ala saya memang tak pernah cucuk muka. Kalau pergi lakukan facial di spa itu pernah lah.
“Botox ke… filler ke tak pernah. Gigi kakak jarang pun tak pernah buat lagi dik. Pernah ada yang nak taja saya buang ‘kelopak bunga’ pada hidung, tapi tak mengapalah. Lagi pun saya takut dengan rasa sakit,” katanya lagi.
Sementara itu, Ani yang juga rakan niaga kepada minuman Ellojoy Sacha Inci turut mengajak peminat kopi supaya bijak membuat pilihan.
“Kita tahu ada yang pandang minuman berjenama dan ikut trend, cuma pada saya apa yang utama ialah kita terlebih dulu perlu tahu akan khasiat kopi yang diminum serta adakah ia menawarkan harga yang berbaloi.
“Kalau ikut trend memang ada kopi yang harga ‘kayangan’, tapi apakah bahan serta jenis kopi yang digunakan kadang kala sukar diketahui. Ellojoy misalnya mengandungi bahan utama iaitu serbuk Kopi Arabika, serbuk sacha inchi, ekstrak halia hitam dan cendawan susu harimau.
“Sebelum setuju menjadi rakan niaga, saya sendiri dan keluarga sudah mula minum kopi ini sejak April lalu dan Alhamdulillah memberikan kesan yang baik dalam gaya hidup saya,” katanya.
Ellojoy Sacha Inchi sudah berada di pasaran sejak April lalu dan dijangka mencapai jualan mencecah setengah juta kotak sehingga 2024.
Minuman berkenaan dijual dengan harga pasaran RM39.90 sekotak namun kini hanya RM25 sepanjang tempoh promosi dan boleh didapati secara eksklusif melalui U-Joy, Master U-Joy dan secara online.
Lebih menarik Ellojoy Sacha Inchi juga menawarkan peluang pendapatan kepada mereka yang berminat dan ia selari dengan pegangan syarikat itu iaitu Success Together, bersama-sama mencipta kejayaan dalam perniagaan.
Produk yang turut mendapat pensijilan halal dan pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) itu pernah diperkenalkan di pasaran antarabangsa pada World Halal Business Conference 2023 baru-baru ini.
Selain Ani, turut diperkenalkan sebagai rakan produk Ellojoy Sacha Inchi ialah pempengaruh, Joe Aziz.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh, Haqiem Stopa menyifatkan selebriti yang meniru dan menjadikan karakternya sebagai bahan jenaka di sebuah program pertandingan lawak sebelum ini sebagai tiada ‘originality’ dan identiti sendiri.
Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, selebriti berkenaan dilihat seperti tiada idea dan harus menggunakan karakternya untuk meraih populariti.
“Saya rasa mungkin dia tiada karakter sendiri dan mungkin karakter saya lagi mahal daripada dia.
“Sebab itulah dia kena bawa karakter saya ke pentas untuk dapatkan populariti,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Haqiem memaklum dirinya bangga kerana wataknya dipertontonkan di pentas besar.
“Saya tak tersinggung. Sebaliknya saya bangga dengan diri saya sebab karakter saya orang bawa ke pentas yang besar.
“Sedangkan saya ini bukan sesiapa pun. Saya hanyalah seorang influencer sahaja. Dia pula boleh dikategorikan sebagai selebriti,” ujarnya lagi.
Remaja asal Tanah Merah, Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media program Legacy Rider 2.0 baru-baru ini.
Walaupun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak namun, MH merasakan kenyataan Haqiem itu ingin ditujukan kepada pelawak yang kini bergelar penyampai radio, Namie.
Namie yang juga merupakan juara program lawak, Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 (MLS3) bersama kumpulan UBI pernah meniru watak Haqiem di salah satu persembahan mereka.
Ditanya pula mengenai minatnya dalam bidang lakonan, Haqiem memaklumkan dirinya sedia mencuba untuk membawakan apa sahaja watak yang diinginkan pengarah.
“Saya memang ada minat dalam bidang lakonan tapi belum ada rezeki. Bagilah karakter apa sekali pun. Saya akan cuba buat yang terbaik.
“Sebenarnya saya pernah datang ke uji bakat pencarian Hero Remaja pada tahun 2017. Walaupun tiada pakej, tapi saya datang dengan penuh keyakinan.
“Sekali peserta yang datang pula semuanya hebat-hebat dan kacak. Ketika itu, saya harus bersaing dengan batch-batch Harris Annuar. Memang tenggelam la saya.
“Kalau ada rezeki, memang saya nak berlakon,” kongsinya lagi.
Terdahulu, program permotoran, Legacy Rider 2.0 bakal berlangsung pada 28 Oktober ini di KL Base (Bekas Lapangan Terbang, Sungai Besi).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh dan usahawan sensasi, Siti Jamumall mendakwa pernah mendapat RM50 nafkah setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.
Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad bercerai tahun lalu.
“Sebelum ini ramai tanya kenapa saya cerai. Kalau nak tahu, saya pernah dapat RM50 saja nafkah dalam masa setahun. Paling banyak pun RM200.
“Saya pernah cakap dengan dia (bekas suami) perkara ini. Tapi, mujur saya ini wanita jenis yang berdikari dan tidak mahu bergantung harap sepenuhnya dengan dia. Jadi, saya bekerja dan berniaga menerusi sesi siarang langsung.
“Malah, pernah hari di mana sebelum bersalin anak kedua saya masih sempat selesaikan semua pesanan orang untuk dihantar. Selepas itu baharulah saya ke hospital. Sampai tahap macam tu saya kena cari duit sendiri,” katanya.
Siti Jamumall turut menambah, perceraian adalah jalan terbaik buat dirinya.
“Sampai bila saya nak hidup dalam suasana rumah tangga dan perhubungan yang toksik? Saya tidak mahu terus membiarkan diri terseksa dengan menanggung ‘biawak hidup’.
“Diakui apa yang berlaku ini memberi impak besar kepada kehidupan saya. Saya hanya berkongsi perkara ini kepada keluarga dan rakan rapat saja. Mereka yang banyak berikan sokongan dan semangat untuk teruskan kerjaya.
“Saya dari umur 16 tahun dah biasa berdikari dan cari rezeki. Bila bercerai ini, hidup perlu diteruskan. Saya sentiasa ingat pesan mak, menjadi perempuan macam mana kaya pun suami, tapi kena ingat kena ada duit sendiri dan cari duit sendiri,” katanya lagi.
Siti Jamumall dan suami bercerai dengan talak satu pada Disember tahun lalu selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4; dan Putra Aiman Zafran, 2
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...