Personaliti televisyen terkenal Amerika Syarikat, Ananda Lewis, yang melonjak naik sebagai VJ MTV pada penghujung era 1990-an, telah meninggal dunia pada usia 52 tahun.

Perkara tersebut disahkan oleh adiknya, Lakshmi Emory menerusi satu hantaran di Facebook yang dikongsi semalam.

“Dia kini bebas dan berada dalam pelukan syurga-Nya. Tuhan, rehatkanlah rohnya” tulis Emory bersama sekeping gambar hitam-putih mendiang dan emoji hati patah.

Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki bernama Langston yang dilahirkan pada tahun 2011 hasil hubungan bersama Harry Smith, abang kepada pelakon terkenal Hollywood, Will Smith.

Nama Ananda Lewis mula dikenali menerusi rancangan MTV seperti Total Request Live dan Hot Zone, dan beliau kemudiannya menjadi antara wajah paling dikenali dalam dunia hiburan televisyen Amerika Syarikat ketika itu.

Akhbar The New York Times pada tahun 1999 pernah menggelarkan beliau sebagai “It Girl bagi generasi hip-hop”. Namun pada tahun 2001, beliau mengambil keputusan meninggalkan MTV untuk mengendalikan rancangan bual bicara siang miliknya sendiri, The Ananda Lewis Show.

Ads

BACA JUGA: Jessie J Dedah Hidap Kanser Payudara Peringkat Awal

BACA JUGA: “Mulanya… Kami Susah Nak Terima,”- Ibu Hidap Kanser Payu Dara Tahap 1, Neelofa Syukur Dapat Kesan Awal

Pada tahun 2020, Lewis mendedahkan menerusi satu hantaran Instagram bahawa beliau telah didiagnos menghidap kanser payudara tahap ketiga sejak dua tahun sebelumnya.

Ads

Katanya, kelewatan diagnosis berlaku kerana beliau memilih untuk tidak menjalani pemeriksaan mamogram secara berkala disebabkan kebimbangan terhadap pendedahan radiasi.

Namun pada Oktober 2024, beliau memaklumkan bahawa penyakitnya telah berkembang ke tahap empat.

Dilahirkan di Los Angeles pada tahun 1973, Lewis merupakan graduan Universiti Howard pada tahun 1995. Beliau sebelum itu menuntut di sebuah sekolah menengah berasaskan seni.

Ads

Kerjaya penyiaran beliau bermula sebagai pengacara rancangan Teen Summit di rangkaian BET, di mana beliau pernah menemu bual Wanita Pertama Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton.

Selepas meninggalkan BET, Lewis menyertai MTV dan pantas mencuri perhatian penonton dengan karisma dan gaya penyampaiannya yang bersahaja.

Selepas rancangan The Ananda Lewis Show berakhir pada 2002, beliau pernah muncul dalam beberapa rancangan termasuk The Insider, Celebrity Mole: Yucatán, dan menjadi pengacara kepada program seperti America’s Top Dog serta While You Were Out.

Sebelum kematiannya, Ananda yang memiliki lebih 200 ribu pengikut di Instagram aktif dalam kempen kesedaran kanser payudara. Beliau sering berkongsi kata-kata motivasi dan positif.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads