Pelakon, Raja Ilya baru-baru ini ada memuat naik entri menerusi Instagram berkenaan dengan dirinya yang kini sedang menyiapkan skrip bagi sebuah drama.
Bagaimanapun apa yang lucunya, bintang cantik ini turut mendedahkan mengenai perangai si suami, Trent Gerrett yang melucukan.
“Hahaha… husband ilya ni Suka everytime cakap bahasa Melayu ,Walaupun Dia Tak faham but he still insist untuk ilya buat video dan share Dengan Korang semua our Sunday Evening activities hahaga…
Ads
“Ilya Tak sabar nak balik malaysia Dan jumpa Korang semua Nanti .. yeahhh,” tulisnya.
Cukup sayu mendengar kisah kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Abdullah yang telah meninggal dunia akibat kekejaman yang berlaku di Syria.
Peninggalan sebuah kereta mainan yang turut rosak membuatkan hati Heliza Helmi yang turut berada di sana untuk misi kemanusiaan hancur.
“Walaupun kita tak kenal adik ini, tapi bila kita pegang kita dapat rasa.
“Seorang anak kecil baru ingin mengenal dunia. Allah pinjamkan adik ini lebih kurang 7 tahun bersama ahli keluarganya.
“Budak kecik, tak ada dosa. Kekejaman orang yang tidak berperikemanusiaan
“Kita kena sama-sama doa dan yang paling penting, apa yang kami share kepada anda. Tindakan kita untuk viralkan sebanyak yang mungkin dana untuk mereka survive.
“Mereka terpaksa makan kotak, rumput, anjing, kucing. Mereka pun manusia macam kita juga.
“Makin lama pegang makin rasa nak nangis
“And that his last moment,” ulasnya sambil memeluk mainan tersebut.
Pelakon Mia Ahmad sebelum ini pernah terpalit dengan isu mengenai pergolakan rumah tangga dengan suami, Mohd Izham Tarmizi.
Bagaimanapun, Mia ketika ditemui di sidang media drama Nur 2 berkata dia kini sedang dalam proses membaik pulih dengan Izham yang juga penjaga gol pasukan JDT.
“Alhamdulillah. Semakin baik dgn suami okay je. Kami lalui fasa genting dulu tapi sekarang fasa untuk kenal dan sedang memperbaiki diri masing-masing,” kata Mia kepada MH.
Mia, 31, turut menambah mahu melupakan perkara ‘hitam’ dalam dirinya apabila difahamkan Izham berlaku curang ketika dirinya sedang berpantang anak sulung Oktober lalu.
“Saya kalau boleh tak mahu ingat sebab perit sangat untuk saya telan,” kata Mia ringkas.
Bagaimanapun, keluarga merupakan penguat semangat baginya dalam meneruskan kehidupn seperti biasa.
“Saya perlukan sokongan keluarga. Carilah keluarga. Tapi kalau boleh tak nak terlalu bebankan mereka memandangkan mereka pun sudah tua..
“Tp saya sendiri pun tak sanggup menanggung seorang diri. Mungkin tanpa mereka saya akan bertindak lebih teruk,” jelas Mia ketika ditemui media di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada Selasa.
Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sayf Issa.
Pengarah Michael Ang ada memuat naik video di Instagramnya semalam.
Menurut Michael, dia tidak bersetuju dengan perancangan pihak tertentu untuk membina pusat membeli-belah dan hotel di sekitar hartanah kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Hai semua! Pagi-pagi ni dah bangun terbaca kerajaan nak beli tanah kat Kg Baru. .
“Tahulah tanah kat sana mahal, tapi aku rasalahkan,kalau kerajaan nak beli, tak payahlah buat hotel dan shopping mall sebab kat KL ni dah penuh dengan semua tu,” kata pengarah Kimchi Untuk Awak itu.
Malah, Michael telah memberi cadangan dan ideanya untuk menjadikan Kg Baru
“Apa kata kerajaan bangunkan Kg Baru dan jadikan rumah supaya cantik macam kat Kg Morten,Melaka..Kan lagi bagus. KL dah banyak sangat shopping mall dan hotel. Tak payah bina lagi. Meluat aku! ,” kata Michael dengan nada tinggi.
Lalu, netizen bersetuju dengan pendapat yang dikemukan Michael itu.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu negara.
Sejarah Kampung Baru:
Video/ Sumber : Instagram Michael Ang, Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.