Penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid telah selamat melansungkan pernikahannya bersama penyanyi, Tasha Manshahar di Masjid Jamek, Kajang pada jam 9.50 pagi tadi.

Namun, apa yang paling mencuri tumpuan MH pada majlis tersebut adalah bacaan surah Al-Fatihah yang dialun indah oleh Raqib sebagai mahar untuk isterinya itu.

Video bacaan tersebut telah dikongsikan oleh Raqib di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

“Antara maharku buatmu @tashamanshahar . Sudah lama ku simpan hasrat untuk menghadiahkan bacaan surah Agung ini utk isteriku. tapi bacaanku td biasa2 saja. tiada yg istimewa.

 

“Perasaan berdebar, resah kerana bakal menggalas tanggungjawab baru. Aku membaca tanda syukurku pada DIA menyatukan kita.

 

“Kalimat2 inilah yang membesarkan aku & keluarga. Semoga kita terus mencintai Al-Quran sampai syurga, tulisnya.

Tambah Raqib, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menghadiahkan bacaan surah Agung ini kepada isterinya itu

Katanya lagi, kalimat-kalimat ini yang telah membesarkannya sekeluarga dan berharap dengan kehadiran Tasha akan menjadikan mereka terus mencintai Al-Quran sampai ke syurga.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa sebak dan menyifatkan Tasha sebagai beruntung kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang mencintai Al-Quran.

IKLAN

[VIDEO] “Surah Agung Ini Maharku Buatmu,”- Alunan Indah Al-Fatihah Hadiah Raqib Buat Tasha Manshahar

[VIDEO] “Surah Agung Ini Maharku Buatmu,”- Alunan Indah Al-Fatihah Hadiah Raqib Buat Tasha Manshahar

IKLAN

[VIDEO] “Surah Agung Ini Maharku Buatmu,”- Alunan Indah Al-Fatihah Hadiah Raqib Buat Tasha Manshahar

Allahu, merdu sungguh bacaan Al-Fatihah daripada Raqib ini! Semoga perkahwinan mereka akan terus diberkati dan berkekalan hingga ke Jannah. Amin!

Sumber: Instagram Raqib Majid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI