Siapa sahaja yang tidak mengenali si cilik comel, Lara Alana yang sentiasa berkongsi momen menghiburkan menerusi laman Instagram miliknya.
Menerusi posting terkini, permata hati kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya ada berkongsi satu video pendek ketika dia sedang menyanyi.
“Stole Mommy’s phone and recorded this… shhh.. don’t tell her okay? Btw, suara Lara boleh dibawak ketengah tak?,” itu ayat yang tertera menerusi ruangan kapsyen.
Pelakon dan pelawak Enot mengimbau kembali foto beberapa tahun lalu di saat fizikalnya yang berbadan besar berbanding kini.
Enot yang juga pernah membintangi filem Baik Giler kini telah menarik nafas lega apabila dirinya kini sudah mencapai tahap yang memuaskan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
“Teringat diri yg dulu. Agak payah menempuh dunia seni. Semua yg terjadi semua dgn izin Allah,Alhamdulilah
“Alhamdulilah segala kepahitan Allah bls blk dgn kemanisan..sngt2 manis! Alhamdulilah syukur TUYUS mngubah segala2 ya.. . Aku semakin sihat, semakin ceria,semakin cntk,semakin TUYUS,semakin cerah,semakin meletop!! mmg x sangka akan secantik skrg! hahaha
“Kdg2 bngn tido pandang cermin ckp “serius are umur aku 41 tp muka aku helok sngt nih!! bdn x mcm dulu,tenaga kembali muda!” kdg2 gelak sorg2 mmg x percaya!! ni bkn saja2 kt reka tau! .
“Ni kenyataan yg kt mmg rasa sndiri! kt bangga dgn diri sndiri! lantak lah klu org nak kata aku syok sndiri ke? yg penting Allah tau bertapa aku bangga dgn diri aku sndiri! x tau nak ckp dia pnya happy n bersyukur tu.
“Sbb tu suruh korg order TUYUS ni bkn apa nk korg rasa sndiri kelebihan produk ni n rasa sendiri perasaan yg aku rasa BANGGA . wei!!! gila 41 ko bergetah2 lg,muka flawless2 lg x nak ke??,” tulis Enot sambil disetakan video berdurasi lebih tiga minit di IG TV.
Memuat naik beberapa paparan skrin perbualan dia dan pengguna media sosial, bekas pelajar Akademi Fantasia 2015, Aziah kesal apabila menerima kecaman daripada individu tidak dikenali.
Pada mulanya wanita dari Sabah ini ditegur kerana dikatakan berkulit gelap, namun kritikan berlarutan sehingga menyentuh isu penampilan yang dikatakan buruk dan gedik.
“Mula2 chat dlu tegur skin org gelap, ingt mau promot prodak.. lepas tu harini tetibaa lagiii tegur org buruk, so sis akui la sdh mmg burukk, buat macamna sis org kata cantik sis trima kasih kalau buruk buat mcmna tuhan dah cipta kann.
“Cakap org gedikk laa,scrol2 malar nmpk muka sis ja nmpk beratus jgk followers muka sis jgk dia slalu nmpk, rezeki la tu sis .. mama org , isteri org tp sedih perangai.
“Hidup simple ja gaiss jgn complicated sgt benci2 org ka apa klu x bleh tgk kelebihan dan keburukan org kau buat rumah bawah tanah jauhi dari org biar hidup kau sorang jaa .. insyaAllah manatau tenang.
“Sorry, sis tak kembang dipuji, tidak tumbang jugak di bencii dan di caci.. maaf laa kalau ada yg x tenang dekat socmed atau f2f ka mmg mcmni la prngai sis terima la seadanya. kalau ada yg x senang bolehh ja unfollow , simple. eh mcm retisss pulaa dibencii benciii ishh,” tulisnya.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.