Pelakon jelita Raja Ilya telah memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Ilya berkongsi satu rakaman video ketika suaminya, Garrett memakan buah durian buat kali pertama.
“Ini di record Sebelum bulan puasa .. haha ini first time tengok dia Makan Durian ,itu pun sebab kan Scene ,Kalau Tak jenuh gak nak paksa dia rasa .. Akhirnya @sasitharan_k_rajooberjaya convince husband ilya rasa Durian . … #lifestyleoflove #marriedlife”tulisnya.
Baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata selepas lima tahun menunggu, doktor popular, Dr. Say Shazril mengakui rutin hariannya berubah 360 darjah gara-gara si kecil tersayang.
Ulasnya menerusi Instagram, tiada penjagaan standard yang perlu dipatuhi kerana keperluan bayi sentiasa berubah-ubah.
“Topik : Baby Ku Lain Maciammm
“Kini baru ku tahu kenapa semua ibu bapa memsgku mengucapkan “Selamat beroncall” ataupun
“Selamat berjaga malam” ataupun “Selamat membela eyebag” sb kehidupan serius berubah 360darjah lepas kehadiran Aezriel.
“Ku ingat menjaga baby ni ada Standard Operating Procedure-nya yakni kalau die nangis 1st thing to do ialah check pampers-nya & kalau basah/ xde yak2 move on to 2nd thing yakni die mungkin lapar maka bagi susu, setel. Tp sangkaan ku salah, baby ku makin bijak.
“Kini lpas step 1 & step 2, babyku mahu step 3 yg sememangnya pelupus segala tidur yakni dia mahu didodoi/ dikendong/ dibawa berjalan2.”
Malah, meskipun ada perancangan mahu menambah anak dalam waktu terdekat, kesukaran menjaga anak pertama membuatkan dia dan isteri menangguhkan impian.
“Cukup ku respect ibu bapa di luar sana krn sememangnya nak menjaga baby tidak mudah spt yg disangka. Mase biniku sdg mengandung dahulu, daku & bini pernah menyatakan hasrat yg lepas 1st baby ni kami nk dptkan baby kedua scpt mungkin sb yelah kami sudah agak lmbt tuk memulakan family.
“Tp kini hasrat tu kami simpan tepi jelah dulu huhu. One thing for sure jika diberi pilihan samaada sanggup sy trade tidur cukup 8 jam dgn this little cheeky cheerful boy, my answer would be, NEVER.
Adik kepada pengacara terkenal Neelofa, iaitu Nur Ameera Khan ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Nur Ameera Khan atau sinonim dengan panggilan Little Miss Khan telah berkongsi momen berpegangan tangan bersama dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Idzham.
“hot chocolate gives me self-confidence”tulisnya.
Lantas, Little Miss Khan dan Neelofa telah menerima kritikan berhubung posting gambar tersebut.
Bagaimanapun, hos program MeleTOP itu dilihat ada menjawab terhadap komen yang ditinggalkan.
“wah so many comments on my comment ? Lol. Senang cerita both tengah study and sama muda.
“Takkanla umur 30 lebih nak bercinta dgn budak laki yang still belajar college,” tulisnya.
Ada juga peminat yang memberikan kata-kata nasihat kepada mereka berdua untuk tidak melakukan perkara sedemikian bagi menghormati bulan ramadan.
Melihat kepada perkongsian Datin Diana Danielle perihal anaknya, Mohamad mengulang tulis perkataan maaf, ia ibarat mengimbau kembali zaman persekolahan waktu didenda guru.
Tulis Diana, anaknya itu secara tidak sengaja telah mematahkan cekak bapanya, pelakon Farid Kamil.
Cuba untuk melindungi si anak, wanita jelita ini cuba mempertahankan, namun tidak berjaya kerana dia turut terkedu mendengar amarah si bapa.
“Siapa penah kena denda camni dulu? Mustahil x penah!!! ?ha..Muhammad dah cakap sorrey tu takkan taknak maafkan…. @faridkamilz .
“Angkara terpatahkan cekak babah. Sblm keluar tadi Muhammad lari kat D mengadu dia patahkan cekak babah… dia nampak cuak.. dia sendiri panas kaki kehulur kehilir takut ?so sbb kesian i ckplah “xpe ckp ibu patahkan”… tapi lepas nampak babah keluar bilik mandi, moment dia nampak cekak patah dan mood bertukar jadi singa, dia tanya “siapa patahkan cekak?!” (bilik sedikit bergaunggg) ibu pun cuak skali tak terkeluar alasan backup anak.”
Cukup mengharukan apabila menerima surat ‘cinta’ dengan tulisan ‘Baba Muhammad Sorrey’.
“Balik2 nampak surat sorrey kat lantai pintu ??pandai babah train suruh tulis hahahaha @chemad7,” tulisnya.