Nampaknya nama Iqram disebut-sebut lagi di kalangan masyarakat Malaysia kerana isu mempersendakan nama Rasul di sebuah program TV yang berlangsung semalam.

Iqram yang bercerita tentang perubahannya memberitahu telah menjadikan ramai orang sebagai sumber rujukan atau guru padanya.

Malah, Iqram memberitahu dia akui ‘guru’ yang banyak mengajarnya adalah orang disekelilingnya, baik pedana menteri mahupun orang biasa. Termasuklah Nabi Muhammad S.A.W

Namun apa yang menjadi hangat apabila Iqram dikatakan telah menghina nama Banginda Rasulullah dengan nama singkatan yang direkanya sendiri.

Malah jika di lihat, pengacara program tersebut turut kelihatan terkejut dengan tindakannya yang menggelarkan Nabi dengan nama tersebut.

Ads

Rakaman tersebut telah mendapat respon dari pelbagai pihak terutamanya dikalangan ulama-ulama Islam yang memperbetulkan kesilapannya.

Salah seorang yang berani tampil kehadapan ialah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary menyelar perbuatan pelakon itu.

“Jangan kamu jadikan panggilan nama kepada Nabi Muhammad S.A.W sesama kamu itu sama taraf.

 

“Imam Malik Bin Anas dan ulama-ulama tafsir Al-Quran Nur Karem yang lain mengatakan bahawa, dalam ayat ini menegaskan apabila kita ingin menyebut nama Nabi kita mestilah memuliakan nama Nabi ketika mana ingin menyebut namanya,” jelasnya dalam sebuah video.

Malah, Ustaz tersebut turut berkata tindakan Iqram dalam memanggil Nabi sebagai ‘Che Mat’ adalah satu penghinaan kepada Nabi serta mempertikaikan sebagai seorang islam bagaimana Iqram boleh tergamak bercakap secara public depan orang ramai dengan begitu.

Ads

“Bagaimana seorang pelakon atau bekas pelakon yang berpakaian serban dan bertongkat yang mengaku sebagai seorang islamikal bernama Iqram Dinzly yang mengaku mengucap boleh cakap secara umum dan di televisyen yang dilihat oleh orang islam, kanan-kanak, orang awam, segenap lapisan masyarakat dengan jelas memperendahkan nama Nabi,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Ustaz ini turut menegaskan agar Jabatan Agama Islam Negeri yang berkenaan mengambil tindakan terhadapnya.

Malahm Ustaz ini turut menegur kesalahan Iqram ketika membaca Al-quran dan meminta orang ramai terutamanya mufti dan ulama untuk tidak berlembut dengan Iqram kerana tidak mahu nama Nabi terus dipermainkan sebegini.

Ads

Namun baru-baru ini Iqram ada memuat naik satu gambar repost daripada Mufti Wilayah Persekuatuan dan menyentuh tentang perbezaan cara teguran yang selesa diterimanya.

Bezanya seorang #mufti yang harus dihormati #adab budi bahasa & tinggi ilmu agama didadanya . Selesa di terima semua. ? Repost from @drzulkifli.albakri @TopRankRepost #TopRankRepost SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA IQRAM DINZLY السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ Salam perkenalan kepada saudara yang kami kasihi, Iqram Dinzly. Baru-baru ini kami terbaca laporan akhbar, juga kisah-kisah di media sosial berkenaan kehidupan saudara kini. Pertamanya, kami ingin ucapkan takziah atas pemergian papa tercinta, almarhum Muhammad Saipuddin Ahmad Said. Semoga Allah menghimpunkannya bersama-sama dengan orang yang soleh. Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar. Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara. Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara. Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa LV saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir. Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang. Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara. Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh hubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin. Akhukum fillah, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan Rabu, 27 Disember 2017 bersamaan 8 Rabi’ul Akhir 1439H 3.08 pet

A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI